Memiliki cahaya mata merupakan impian setiap pasangan yang berkahwin. Kita sedia maklum bahawa anak menjadi mengikat kasih sayang antara suami & isteri, dan semestinya seorang isteri ingin melahirkan zuriat buat suaminya. Bukanlah mudah untuk bergelar IBU..pelbagai dugaan yang perlu ditempuh.
Tempoh 9 bulan kehamilan benar-benar mencabar kekuatan mental & fizikal seorang wanita. Pada trimester awal kehamilan dianggap sebagai tempoh yang paling kritikal. Kandungan begitu rapuh & ini memerlukan penjagaan yang rapi. Pada masa ini kebanyakan wanita hamil mengalami alahan yang teruk.
Saat yang paling mendebarkan ialah saat menanti kelahiran bayi. Kita bakal berdepan dengan satu keadaan yang tak boleh kita jangkakan, & pengalaman setiap kelahiran itu berbeza-beza antara satu ibu dengan ibu yang lain, juga satu anak dengan anak yang lain. Kadang-kadang kita terheret dalam dilema antara hidup & mati.
Selepas kelahiran juga memberi cabaran buat ibu-ibu baru, untuk pulih & kembali kepada keadaan sebelum mengandung. Antara perubahan & keadaan yang biasa dialami oleh ibu yang baru melahirkan ;
keguguran rambut yang melampau
stretched mark pada perut
penambahan berat badan
perubahan bentuk badan
Tetapi semua ini adalah nilai yang perlu dibayar untuk bergelar seorang ibu..dan inilah juga pengorbanan seorang ibu..
No comments:
Post a Comment