Monday, January 09, 2012

pengalaman bersalin

hospital tempat di mane naylee dilahirkan

Due sepatutnya 10 sept 2011..tapi aku dah mula merasai contraction seawal 11mlm 2 sept lagi. aku cuba sedapkan hati mungkin itu cuma braxton hicks contaction saja sbb due lambat lagi n tiada tanda-tanda darah or air ketuban seperti selalu org bercerita. tapi rasa sakit tu berlarutan sampai pukul 2.30pagi & bertambah kerap dalam masa sejam. aku kejutkan hubby ajak g hospital untuk check. on the way g hospital aku masih boleh gelak2 lagi ngan hubby n berkira2 nak patah balik, takut belom tiba masa lagi..tapi dlm masa yg sama rasa takut sebab ni fisrt baby, tak de pengalaman lagi. at last teruskan gak perjalanan ke hospital. sesampai je terus daftar n g check contraction pakai alat CTG. Doc mengesahkan memang dah ada contraction n bukaan rahim 2cm, jadi tak boleh balik dah & akan dipantau selang 6jam sekali.

sakit2 pun sempat bergambar ngan hubby

Pukul 9pagi nye senior doc dtg check n buat scan, doc ckp baby agak besar, 3.55kg katanya..seram lak aku dibuatnya..leh ke ni nak kuarkan baby ni..sempat lagi aku tanya doc baby pe..90% girl..fuh lega rasa sbb dah beli semua barang baby girl sbb last time check up ngan doc katanya girl tp semua org yang tengok perot aku semua kata baby boy..takut gak scan yang lepas tu salah. Setakat kul 9pagi ni, bukaan telah mencapai 3cm tp sakitnya tak henggat..selang 10 minit sakit..hanya Allah yang tahu. Setiap kali jumpa hubby yang setia menunggu kat luar wad ni, setiap kali tu lah rasa nak menangis ngadu rasa sakit ni..tapi aku cuba gak kuatkan semangat..xnak lah nampak aku ni lemah sgt..semua dtg melawat aku..mak, ayah, abg, kak safiah..keluarga mentua aku pun tak ketinggalan datang untuk memberi semangat pada aku n hubby..terima kasih semua..

Selepas 6jam kemudiannya iaitu pukul 3ptg, doc melakukan pemeriksaan lagi, bukaan masih 3cm..aduhh..sakitnya bertambah tapi bukaan masih sama. Doc sebolehnya nak aku bersalin secara normal, tanpa sebarang bantuan ubat..jadi terpaksa lah tunggu sampai tiba masa nya..saat tu aku hanya mampu berdoa n kalimah2 tasbih tak lekang dari bibirku setiap kali contraction berlangsung. tapi yang paling aku benci bila nurse pakaikan alat CTG nak check contraction..dah la sakit..tak leh gerak2 sampai 30minit..seksa nya..

6jam telah pun berlalu, pukul 9mlm, masih tiada perkembangan..3cm..sakit? jgn tanya la..dah tak baring atas katil dah..aku menonggeng kat bawah katil dengan harapan sakit akan berkurang. Nak jalan kuar dari wad jumpa hubby pun dah tak larat..terpaksa berpaut pada dinding, jalan perlahan2. Pukul 11mlm nya aku ke toilet, tengok ada lendir darah keluar.. Malam tu aku dah tak berehat atas katil lagi, sebaliknya aku duduk kat pantry sambil tengok tv..dah  tak boleh tidur sebab contration yang kerap. Makan & minum pun aku dah tak selera. Pukul 2.30pagi, aku balik semula ke bilik, tunggu doc datang check..rasa tak tertanggung sakit ni, aku ngadu ngan nurse, dia check dah buka 4cm rupanya. Nak dekat pukul 4pagi baru doc datang check, masa tu dah buka 5cm. aku gagahkan diri berjalan keluar jumpa hubby, inform dia aku akan masuk labor room tak lama lagi. Aku minta ampun segala dosa-dosa aku pada dia..sayu lak hati..hubby kata dia sentiasa memaafkan aku..

Pukul 5pagi aku ditolak masuk ke labor room. Contaction semakin kuat & kerap.. Aku hanya menghitung masa untuk melahirkan anakku ke dunia ni. Semasa nurse melakukan pemeriksaan, aku sempat pegang tangan dia & ngadu rasa sakit..dia diam je tapi bila doc masuk terus dia minta aku diberi ubat tahan sakit. Kurang sikit sakitnya..terima kasih nurse & doc. Sepanjang aku sakit dari semalam tak terfikir lak nak mintak ubat tahan sakit. Dalam pukul 8pagi, doc datang pecahkan air ketuban. Dek kerana dah lega dapat ubat tahan sakit tu, aku leh tertidur lak. Bila sedar, aku tengok nurse tengah pasang satu 1 lagi tiub kat tangan aku..ubat untuk kuat kan contraction katanya. Memang betul rasa makin kuat contraction.. Dalam pada aku sakit tu, leh lak terdengar orang sebelah menjerit-jerit, tengah push agaknya..seriau lak aku. Kira-kira pukul 10 pagi, CTG dah tak boleh detect jantung baby aku..doc terpaksa sambung alat kat kepala baby. Tak tau lah macam mane dia buat..tp ada 1 wayar dia masukkan ke dalam rahim aku..cuma leh dengar bunyi ti..tit..tit. Mujur tak de apa2..

Tak berapa lama selepas tu, aku dah mula rasa gesaan untuk bersalin..aku nak push tapi doc kata belum boleh lagi.. Kena tunggu lagi tapi setiap kali rasa gesaan tu, aku cuba push juga. Sampai pukul 11pagi aku panggil nurse, dia datang check n katanya leh start push dah. Tak lama kemudiaan, hubby pun datang temankan aku. Tah berapa kali aku push..akhirnya aku berjaya lahirkan anakku dengan selamat pukul 11.15pagi. Nurse kata baby susah nak keluar sebab besar, 3.51kg.

Tapi belom berakhir lagi cerita ni..selepas baby lahir, uri pula perlu dikeluarkan. Nurse pun tekan-tekan perut aku nak keluarkan uri, time nak tarik keluar, uri aku boleh putus tertinggal kat dalam. Mujur doc ada membantu keluarkan uri tersebut, kalau tak, tak tahu lah apa nak jadi. Selepas itu, baru proses jahitan dilakukan. Alhamdulillah tak berapa sakit sangat & cepat siap.

Boleh dikatakan rezeki aku sangat baik..dari front desk, bilik menunggu, labor room sampailah ke wad, aku mendapat layanan yang baik daripada semua staff di hospital. Tak seperti yang selalu aku dengar, katanya layanan di hospital kerajaan yang buruk. Boleh lah bersalin kt sana lagi..yeay

No comments:

Post a Comment