aku mengenali my hubby semasa aku menjalani latihan industri di Bank Rakyat..cuma berkawan biasa pada mulanya..xsangka pertemuan ini akhirnya membawa kami ke jinjang pelamin..bibit-bibit cinta cuma berputik selepas aku tamat latihan industri..masa 6 bulan di Bank Rakyat tidak memadai untuk kami mengenali satu sama lain..pertemuan demi pertemuan kami aturkan sehingga lah di suatu hari si dia membawa aku berkenalan dengan keluarganya. Tak sangka bermula saat itu hubungan aku & keluarganya bertambah akrab. Selepas pulang dari bercuti di Sarawak bersama kelurganya..dia menyatakan hasrat kepada keluarganya untuk meminangku..berbunga-bunga hati ni..& pada penghujung bulan 12, 2008, pertemuan diatur antara 2 keluarga untuk majlis merisik. masih segar dalam ingatanku, ada hari tersebut aku mengenakan baju kurung pahang berwarna pink kegemaranku.. kata sepakat telah dicapai, kami bakal melangsungkan pertunangan pada 31 Jan 2009 di rumah atok ku di muar, johor. terima kasih pada cik mamah menghadiahkan aku busana untuk aku kenakan semasa majlis pertunangan tersebut..& mak, ayah, abangku ezat & kakak iparku safiah bertungkus lumus untuk menjayakan majlis besar dalam hidupku..
No comments:
Post a Comment