Selepas bersalin ni..perasan ada pertambahan berat badan. Sebenarnya berat dah susut ke berat asal 6 minggu selepas bersalin. Ni dah naik 4kg lak.. aduhaii.. Kata orang kalau kita breastfeed baby dapat membantu menurunkan berat badan, tapi aku sebaliknya. Mungkin disebabkan selera makan aku yang bertambah sekarang ni..asik lapor je memanjang.
So..aku bertekad untuk menguruskan badan ni..kalau boleh nak turun 7kg. Tapi selepas Naylee masuk 6bulan la..memandangkan Naylee sekarang hanya bergantung pada susu badan je, jadi semua zat datang dari aku. Kalau diet sekarang kesian lak kat Naylee. Lagi sebulan Naylee masuk 6 bulan. Jadi aku akan plan sebaiknya..untuk mencapai impian aku menjadi HOT MAMA!!
No comments:
Post a Comment