Thursday, January 26, 2012

Nilai yang perlu dibayar oleh seorang ibu


Memiliki cahaya mata merupakan impian setiap pasangan yang berkahwin. Kita sedia maklum bahawa anak menjadi mengikat kasih sayang antara suami & isteri, dan semestinya seorang isteri ingin melahirkan zuriat buat suaminya. Bukanlah mudah untuk bergelar IBU..pelbagai dugaan yang perlu ditempuh.

Tempoh 9 bulan kehamilan benar-benar mencabar kekuatan mental & fizikal seorang wanita. Pada trimester awal kehamilan dianggap sebagai tempoh yang paling kritikal. Kandungan begitu rapuh & ini memerlukan penjagaan yang rapi. Pada masa ini kebanyakan wanita hamil mengalami alahan yang teruk.

Saat yang paling mendebarkan ialah saat menanti kelahiran bayi. Kita bakal berdepan dengan satu keadaan yang tak boleh kita jangkakan, & pengalaman setiap kelahiran itu berbeza-beza antara satu ibu dengan ibu yang lain, juga satu anak dengan anak yang lain. Kadang-kadang kita terheret dalam dilema antara hidup & mati.

Selepas kelahiran juga memberi cabaran buat ibu-ibu baru, untuk pulih & kembali kepada keadaan sebelum mengandung. Antara perubahan & keadaan yang biasa dialami oleh ibu yang baru melahirkan ;

keguguran rambut yang melampau

stretched mark pada perut

penambahan berat badan


perubahan bentuk badan

 
Tetapi semua ini adalah nilai yang perlu dibayar untuk bergelar seorang ibu..dan inilah juga pengorbanan seorang ibu..


Friday, January 20, 2012

Buatmu tersayang..

Untukmu Naylee..ibu berikan segala yang terbaik buatmu sayang.

 
Anakku manual breastpump

Susu ibu

 
Melihat perkembangan Naylee..buat ibu rasa bangga..dia membesar dengan susuku!

1 hari (3.51kg)

1 bulan (3.80kg)

2 bulan (4.48kg)
 3 bulan (5.14kg)
Kini 4 bulan..

Saturday, January 14, 2012

pregnant time

hari ni nak share skit tentang my pregnancy time..antara aku n hubby, aku lah yg paling excited nk pregnant. lom lg pregnant, aku dh siap2 bli pregnant test, mane la tau aku bunting pelamin ke..hehe. tapi aku hanya disahkan pregnant 3bulan selepas kahwin..alhamdulillah. antara simtom awal aku pregnant, rasa penat yg luar biasa, naik tangga skit pn dh penat, ptg2 nak dkt hbs waktu keje mst aku dh ngantuk. apa lagi, aku gasak tido lah pas 5.30ptg sementara tunggu hubby jemput balik. pastu aku perasan ada rasa mual skit tapi xmuntah, aku ingat terlebih makan. disebabkan dah lewat sminggu peot, aku trs buat upt test n this is the result.

2 line..

sepanjang pregnantkan naylee, aku tak mengalami alahan yg teruk. rasanya tak sampai 10x aku muntah, cuma poyot aku cepat masuk angin, tak leh makan benda berangin or lewat makan. Alhamdulillah..semua berjalan dgn baik, tiada masalah kesihatan sepanjang mengandung cuma HB rendah skit je. Kat sini aku share skit gambar2 aku masa pregnant..

baru sebulan..celebrate kt shah beach resort


ni dah masuk 2 bulan..kat langkawi


4 bulan..kat ICT shah alam


teman hubby main futsal


5bulan..kat pangkor


7 bulan dah..g kahwin azmi n amy


8 bulan

tunggu hari je..1 syawal, 5 hari sebelom bersalin







Friday, January 13, 2012

my little one

KHAIREENA NAYLEE itulah nama yg menjadi pilihan aku n hubby utk puteri sulong kami.. khaireena diambil sempena nama adk-adk perempuan hubby. Semanis namanya..begitulah senyuman naylee..baru 2 hari naylee dh mampu memberi senyuman..comel sangat. macam tak percaya aku kini dah bergelar seorang IBU.


tag pada baby cot naylee

wajah anak ibu yang baru saja dilahirkan beberapa minit


sepet je mata naylee

baru je kuar dah ngantuk ye..

Monday, January 09, 2012

pengalaman bersalin

hospital tempat di mane naylee dilahirkan

Due sepatutnya 10 sept 2011..tapi aku dah mula merasai contraction seawal 11mlm 2 sept lagi. aku cuba sedapkan hati mungkin itu cuma braxton hicks contaction saja sbb due lambat lagi n tiada tanda-tanda darah or air ketuban seperti selalu org bercerita. tapi rasa sakit tu berlarutan sampai pukul 2.30pagi & bertambah kerap dalam masa sejam. aku kejutkan hubby ajak g hospital untuk check. on the way g hospital aku masih boleh gelak2 lagi ngan hubby n berkira2 nak patah balik, takut belom tiba masa lagi..tapi dlm masa yg sama rasa takut sebab ni fisrt baby, tak de pengalaman lagi. at last teruskan gak perjalanan ke hospital. sesampai je terus daftar n g check contraction pakai alat CTG. Doc mengesahkan memang dah ada contraction n bukaan rahim 2cm, jadi tak boleh balik dah & akan dipantau selang 6jam sekali.

sakit2 pun sempat bergambar ngan hubby

Pukul 9pagi nye senior doc dtg check n buat scan, doc ckp baby agak besar, 3.55kg katanya..seram lak aku dibuatnya..leh ke ni nak kuarkan baby ni..sempat lagi aku tanya doc baby pe..90% girl..fuh lega rasa sbb dah beli semua barang baby girl sbb last time check up ngan doc katanya girl tp semua org yang tengok perot aku semua kata baby boy..takut gak scan yang lepas tu salah. Setakat kul 9pagi ni, bukaan telah mencapai 3cm tp sakitnya tak henggat..selang 10 minit sakit..hanya Allah yang tahu. Setiap kali jumpa hubby yang setia menunggu kat luar wad ni, setiap kali tu lah rasa nak menangis ngadu rasa sakit ni..tapi aku cuba gak kuatkan semangat..xnak lah nampak aku ni lemah sgt..semua dtg melawat aku..mak, ayah, abg, kak safiah..keluarga mentua aku pun tak ketinggalan datang untuk memberi semangat pada aku n hubby..terima kasih semua..

Selepas 6jam kemudiannya iaitu pukul 3ptg, doc melakukan pemeriksaan lagi, bukaan masih 3cm..aduhh..sakitnya bertambah tapi bukaan masih sama. Doc sebolehnya nak aku bersalin secara normal, tanpa sebarang bantuan ubat..jadi terpaksa lah tunggu sampai tiba masa nya..saat tu aku hanya mampu berdoa n kalimah2 tasbih tak lekang dari bibirku setiap kali contraction berlangsung. tapi yang paling aku benci bila nurse pakaikan alat CTG nak check contraction..dah la sakit..tak leh gerak2 sampai 30minit..seksa nya..

6jam telah pun berlalu, pukul 9mlm, masih tiada perkembangan..3cm..sakit? jgn tanya la..dah tak baring atas katil dah..aku menonggeng kat bawah katil dengan harapan sakit akan berkurang. Nak jalan kuar dari wad jumpa hubby pun dah tak larat..terpaksa berpaut pada dinding, jalan perlahan2. Pukul 11mlm nya aku ke toilet, tengok ada lendir darah keluar.. Malam tu aku dah tak berehat atas katil lagi, sebaliknya aku duduk kat pantry sambil tengok tv..dah  tak boleh tidur sebab contration yang kerap. Makan & minum pun aku dah tak selera. Pukul 2.30pagi, aku balik semula ke bilik, tunggu doc datang check..rasa tak tertanggung sakit ni, aku ngadu ngan nurse, dia check dah buka 4cm rupanya. Nak dekat pukul 4pagi baru doc datang check, masa tu dah buka 5cm. aku gagahkan diri berjalan keluar jumpa hubby, inform dia aku akan masuk labor room tak lama lagi. Aku minta ampun segala dosa-dosa aku pada dia..sayu lak hati..hubby kata dia sentiasa memaafkan aku..

Pukul 5pagi aku ditolak masuk ke labor room. Contaction semakin kuat & kerap.. Aku hanya menghitung masa untuk melahirkan anakku ke dunia ni. Semasa nurse melakukan pemeriksaan, aku sempat pegang tangan dia & ngadu rasa sakit..dia diam je tapi bila doc masuk terus dia minta aku diberi ubat tahan sakit. Kurang sikit sakitnya..terima kasih nurse & doc. Sepanjang aku sakit dari semalam tak terfikir lak nak mintak ubat tahan sakit. Dalam pukul 8pagi, doc datang pecahkan air ketuban. Dek kerana dah lega dapat ubat tahan sakit tu, aku leh tertidur lak. Bila sedar, aku tengok nurse tengah pasang satu 1 lagi tiub kat tangan aku..ubat untuk kuat kan contraction katanya. Memang betul rasa makin kuat contraction.. Dalam pada aku sakit tu, leh lak terdengar orang sebelah menjerit-jerit, tengah push agaknya..seriau lak aku. Kira-kira pukul 10 pagi, CTG dah tak boleh detect jantung baby aku..doc terpaksa sambung alat kat kepala baby. Tak tau lah macam mane dia buat..tp ada 1 wayar dia masukkan ke dalam rahim aku..cuma leh dengar bunyi ti..tit..tit. Mujur tak de apa2..

Tak berapa lama selepas tu, aku dah mula rasa gesaan untuk bersalin..aku nak push tapi doc kata belum boleh lagi.. Kena tunggu lagi tapi setiap kali rasa gesaan tu, aku cuba push juga. Sampai pukul 11pagi aku panggil nurse, dia datang check n katanya leh start push dah. Tak lama kemudiaan, hubby pun datang temankan aku. Tah berapa kali aku push..akhirnya aku berjaya lahirkan anakku dengan selamat pukul 11.15pagi. Nurse kata baby susah nak keluar sebab besar, 3.51kg.

Tapi belom berakhir lagi cerita ni..selepas baby lahir, uri pula perlu dikeluarkan. Nurse pun tekan-tekan perut aku nak keluarkan uri, time nak tarik keluar, uri aku boleh putus tertinggal kat dalam. Mujur doc ada membantu keluarkan uri tersebut, kalau tak, tak tahu lah apa nak jadi. Selepas itu, baru proses jahitan dilakukan. Alhamdulillah tak berapa sakit sangat & cepat siap.

Boleh dikatakan rezeki aku sangat baik..dari front desk, bilik menunggu, labor room sampailah ke wad, aku mendapat layanan yang baik daripada semua staff di hospital. Tak seperti yang selalu aku dengar, katanya layanan di hospital kerajaan yang buruk. Boleh lah bersalin kt sana lagi..yeay

Friday, January 06, 2012

segalanya bermula di sini..

aku mengenali my hubby semasa aku menjalani latihan industri di Bank Rakyat..cuma berkawan biasa pada mulanya..xsangka pertemuan ini akhirnya membawa kami ke jinjang pelamin..bibit-bibit cinta cuma berputik selepas aku tamat latihan industri..masa 6 bulan di Bank Rakyat tidak memadai untuk kami mengenali satu sama lain..pertemuan demi pertemuan kami aturkan sehingga lah di suatu hari si dia membawa aku berkenalan dengan keluarganya. Tak sangka bermula saat itu hubungan aku & keluarganya bertambah akrab. Selepas pulang dari bercuti di Sarawak bersama kelurganya..dia menyatakan hasrat kepada keluarganya untuk meminangku..berbunga-bunga hati ni..& pada penghujung bulan 12, 2008, pertemuan diatur antara 2 keluarga untuk majlis merisik. masih segar dalam ingatanku, ada hari tersebut aku mengenakan baju kurung pahang berwarna pink kegemaranku.. kata sepakat telah dicapai, kami bakal melangsungkan pertunangan pada 31 Jan 2009 di rumah atok ku di muar, johor. terima kasih pada cik mamah menghadiahkan aku busana untuk aku kenakan semasa majlis pertunangan tersebut..& mak, ayah, abangku ezat & kakak iparku safiah bertungkus lumus untuk menjayakan majlis besar dalam hidupku..