Thursday, May 24, 2012

hatiku tersentuh

Lama rasanya tak post entry..agak sibuk dengan rutin seharian
sedar tak sedar, Naylee kini mencecah umur 8bulan lebih..cepat betul masa berlalu
anak ibu yang dulu hanya bergolek-golek atas tilam kini dah pantas merangkak & meneroka di seluruh pelosok rumah..anak tangga pun dah cuba didaki
pantas betul masa berlalu
belum puas rasanya ibu memeluk & mencium anak ibu
kini Naylee lebih gemar untuk bermain sendiri..dah tak mahu ibu peluk cium dia lama-lama
cepat sahaja dia merungkai pelukkan ibu..meronta untuk dilepaskan bermain
hrmm.. 
apa yang membuat aku rasa terkilan..susuku saat ini semakin ketandusan
tiada cara lain selain memberi Naylee susu formula bagi memastikan Naylee mendapat bekalan susu yang mencukupi..sedihnya..hanya 8 bulan sahaja ibu dapat bekalkan Naylee dengan susu ibu sepenuhnya
Ayah Naylee selalu cakap susu ibu lah yang menjadi penghubung kasih sayang Naylee dengan ibu.
Maafkan ibu ye sayang..




Ibu sayang Naylee

No comments:

Post a Comment