Friday, May 26, 2017

Hadiah birthday : Eken V8S action camera

Alhamdulillah dipanjangkan usia hingga hari ini
6 May yang lalu genap umur aku 31 tahun..tua sudah..hahaha

Moga diberi keberkatan umur, menjadi lebih baik
isteri yang solehah, ibu yang mithali

Last year hubby buat surprise hantar bunga di office
terkejut aku..tak sangka hubby kita romantik juga..hihi

Tahun ini hubby belanja kita action camera Eken ni
boleh la kita pakai pergi holiday nanti
Thanks chuk!


Sunday, April 09, 2017

GBS positif ketika mengandung

Mengandung anak ketiga ini aku diuji dengan GBS positif
keputihan adalah biasa dalam kehamilan, menjadi bahaya bila ada GBS positif
tidak bahaya bagi si ibu, tetapi pada anak yang dikandung
seharian aku menangis selepas dengar keputusan swab test aku
punya lah risau..mana tak risau, risiko ialah kematian pada baby
kalau survive pula risiko seperti pekak dan buta

Rawatan yang doktor berikan ialah melalui antibiotik
seminggu aku on antibiotik
doktor juga pesan masa nak bersalin, perlu maklumkan pada pihak hospital yang kita ada GBS positif
doktor akan drip antiobiotik sebelum ibu bersalin dan sekurang-kurang 4jam sebelum bersalin
dalam kes aku, tak sampai 4 jam dapat antibiotik aku dah bersalin
jadi doktor on antiobiotik pada baby selama 3 hari
Alhamdulillah keputusan darah anak aku negatif kuman GBS ini
tetapi doktor tetap on antibiotik untuk  langkah berjaga-jaga

Apa yang boleh aku katakan, jangan ambil remeh keputihan semasa hamil
aku sendiri buat swab test 2 kali sepanjang kehamilan kali ini
swab test yang pertama tidak menunjukkan apa-apa jangkitan luar biasa
swab test ke-2 semasa 36w, tak sangka pula ada GBS positif


Nak mencari urat dia yang paling mencabar, dekat 2 jam baru jumpa. Sampai sekarang masih ada kesan parut-parut kecil pada kedua-dua tangan dia, ntah berapa banyak kali doktor tu cucuk. Bukan sahaja tangan, kaki juga, Doktor kata sebab baby gebu, susah nak cari urat. Masih terngiang-ngiang tangisan dia, mahu saja aku pergi ke bilik tu, fikir sahaja itu untuk kebaikan dia, aku relakan jua..hukhuk  

Tuesday, April 04, 2017

Pengalaman bersalin anak ketiga

Walaupun baby nya pun tak berapa nak baby lagi, nak cerita juga
untuk kenang-kenangan sendiri, untuk mereka yang juga mencari kekuatan nak bersalin..huhu
aku sendiri walaupun dah bersalin dua kali tetap menggoogle pengalaman orang bersalin
setiap kelahiran itu kan berbeza
mengandung kali ini, aku search juga kelahiran alami
kalau korang ada duit lebih bagus mengikuti kelas-kelas kelahiran
banyak ilmu yang diajar, dari senaman, makanan dan cara mengurangkan kesakitan, teknik bernafas dan macam-macam lagi
tapi aku tak pergi pun..hahaha..cuma baca-baca gitu dan follow fb sis Nor Azniza, dia banyak share ilmu-ilmi kelahiran
memang sangat membantu tau
Preganant kali ni memang agak mencabar bagi aku, dengan Hyperthyroid aku yang sedia ada
ditambah pula dihujung kehamilan doktor sah kan aku ada GBS positif pula, macam nak luruh jantung aku
macam-macam yang aku fikirkan, semuanya tentang keselamatan baby yang aku kandung
hanya pada Allah aku berserah


02.06.2017, Khamis
38w 5d, masih lagi bekerja dengan perut yang sarat memboyot. Rabu last week nya dari pagi sampai ke malam mild contraction, bila tidur hilang pula sakitnya, frust tau. Baru fefeeling nak jumpa baby. Habis waktu kerja hari ni, gigih aku pergi mesyuarat Persatuan Islam kilang. Dekat pukul 7 petang juga lah aku balik, Masa jalan balik pergi parking kereta dengan kawan baik aku, Jue, aku ada cakap dengan Jue aku berharap sangat baby keluar hari Jumaat sebab hari tu kan hari yang penuh barakah. Jauh juga aku berjalan nak pergi ke kereta, penat mengusung perut ni..last week doktor scan anggaran berat baby 3.6kg. Agak-agak berapa kilo lah baby keluar ni kalau dia keluar ngam-ngam due date..huhu.

Malamnya, lewat juga aku keluar makan dengan hubby, sejak aku preganant memang jarang masak, memang makan luar je. Bukan preganant yang ni je, anak-anak sebelum ni pun sama. Hubby taknak aku penat..hihi. Kami makan char kuew tiau kat malam ni, sedapnya la hai..sampai tak cukup makan. Nak order lagi malu pula.

Sampai rumah dah dekat pukul 11 malam, aku cam biasa la, lepas makan dah jadi ular sawa, melepek je, menunggu nak tidur, Ada mild contraction tapi kali ni rasa lain sikit, aku kira kekerapan contraction..eh dah 15 minit sekali lah. Cam betul je ni..yeay

03.06.2017, Jumaat (38w, 6d)
Keyakinan aku nak dekat bersalin ni diperkuatkan lagi dengan keluarnya bloody show. Aku perasan bila aku dekat nak bersalin, contraction aku sekali dengan cirit-birit. Asik ke toilet je lah aku. Bukan setakat yayak je..darah pun keluar sekali. Kali ni memang aku tekad, sakit sangat-sangat baru aku nak pergi hospital. Banyak kali juga hubby tanya, nak pergi hospital tak, aku kata belum. Lagi pun fikir baik tunggu sampai pukul 7 pagi esok, hantar bebudak pergi rumah mak, baru gerak pergi hospital. Tak sampai hati lak nak kejut mak pagi-pagi buta. So apa yang aku buat sepanjang malam tu, aku layan contraction atas gymball, gelek-gelek, sesekali aku melutut melayan contraction, aku cuba praktik kan teknik pernafasan, serius memang rasa terkawal rasa sakit tu. Selepas subuh, aku mandi air suam, siap-siap pergi hospital. Contraction pun dah semakin kuat..tapi boleh pulak perut ni kebulur. Tak de makanan pula kat rumah..haiish

7.00pagi, hantar anak-anak rumah mak, salam mintak ampun dengan mak, terus gerak pergi hospital.
Sesampai hospital, hubby drop aku depan labor room, nak cari parking. Aku terus ke kaunter pendaftaran, nurse tanya anak ke berapa. Aku spontan jawab ke-3, terus dia suruh masuk, nanti dia suruh suami aku yang isi form. Gaya macam aku dah nak bersalin sangat-sangat pula, padahal aku okey je lagi. Aku ikut je la kata-kata nurse, masuk dalam, tukar baju, macam biasa kene buat VE, wahh dah buka 4-5cm. Aku mesage hubby, update perkembangan aku, mintak dia beli kan makanan dan air, sebab perut aku lapar sangat. Pastu aku diminta ke bilik untuk check CTG pula, selepas setengah jam ingat dah settle, nurse kata kena buat sekali lagi sebab gaft jantung baby tak cantik, mendatar je. Nurse tanya ada rasa nak bersalin tak, aku kata belum lagi. Contraction kuat, dia tak puas hati, check lagi VE, sama je 4-5cm. Buat lagi CTG kali ke2, aku dah hilang fokus, sebab sakit bila terpaksa terlentang je, posisi yang boleh kurangkan sakit ialah mengiring tapi nurse cakap setiap kali aku mengiring bacaan graft jantung baby lagi tak cantik. Baby tidur je..aku syak sebab aku lapar. baby pun tak aktif agaknya.

   aku curi-curi amik gambar masa ni,.

Dekat pukul 9 pagi juga aku baru settle CTG, mintak kebenaran keluar nak jumpa hubby dan makan tapi diorang tak benarkan, sebab doktor nak buat pemeriksaan pula, pergi bilik doktor pula, check lagi VE, sama juga 5cm. Doktor scan, anggaran berat baby 3.3kg. Kurang pula dari anggaran doktor PMC bagi aku last week, tapi aku yakin baby aku memang besar. Disebabkan aku ada GBS positif, prosedurnya ialah aku perlu dapatkan antibiotik sebelum melahirkan sekurang-kurangnya 3jam sebelum bersalin. Doktor drip kan antibiotik. Pastu diorang terus tolak aku masuk labor room..eh eh. Saya lapar, nak makan. Nurse suruh aku tanya nurse dalam labor room nanti boleh makan ke tak. Sampai labor room, nurse tak bagi makan..aduhh sudah, lapar ni. Pastu nurse tanya aku dah buang air ke belum, aku kata belum, nak pergi toilet ye..eh tak boleh turun katil dah, dia pasang tiub kat saluran kencing aku je. Selalu dengar cerita orang sakit, pada aku tak sakit. Lepas tu, nurse pecahkan ketuban, check sekali lagi VE, dah 6cm. Aku mintak nurse panggilkan hubby, terus nurse panggilkan Alhamdulillah.

Bila hubby masuk terus aku mengadu lapar, masa tu dah pukul 10 pagi. Sedih bukan sebab sakit tapi sebab lapar..hahaha, Tapi hubby pun tak boleh buat apa, dah nurse tak bagi makan dan minum. Contraction semakin kuat, aku sudah mula rasa gesaan bersalin. Fokus memang dah hilang, cara bernafas pun dah kelaut, nurse sudah mula mengerumuni aku, dah boleh push nurse kata. Dengan 3 kali push keluarlah budak seketul ibu ni tepat jam 10.20pagi. Nurse semua bersorak sebab baby besar..hahaha. Kami skin to skin sejam lamanya. Terasa berat dia dia atas dada, kulit dia bersih dan lembap, mungkin sebab aku amalkan makan VCO masa pregnant. Nurse semua berteka-teka berat baby..rupanya 4.0kg baby aku ni..terkejut aku. Alhamdulillah selamat melahirkan baby besar ni secara normal dan hanya 1st degree tear tapi sejam juga lah kene jahit..huhu. 

Sebenarnya aku terkejut juga, sebelum ni aku sakit 35jam masa Naylee dan 27jam masa Sofea, baru bersalin. Kali ni dalam tempoh 12jam sudah bersalin, Alhamdulillah. Memang betul cakap sis Nor Azniza, kalau kita tenang, kelahiran tu akan lebih cepat.  So, pakat-pakat pergi kelahiran sis Nor Azniza ye.


 baby 4.0kg ibu..pipi pau!




Bye...