Hampir setahun aku tak menjejaki kaki di panggung wayang..nak bawa bawa Naylee tak sesuai lagi..dia masih kecil & tengah melasak..tak berapa minit nanti dah kena keluar..rugi-rugi..tunggu Naylee 2 tahun kot baru boleh.
Last week aku & hubby saja-saja cuba nasib nak tinggalkan Naylee kat mak aku, minta tolong mak jagakan cucu perempuan kesayangan dia ni jap..syukur mak tak kesah..dapat juga kami keluar dating berdua..akhirnya..terima kasih mak..
Kami pergi EON Anggun Rawang dengan menaiki motor. 15 minit sahaja perjalanan dari rumah ke sana..senang sikit cari parking kalau naik motor. Terasa diri ni muda semula lak..terkenang saat cintan-cintun dengan hubby dulu-dulu..wahh manisnya..
Sampai kat sana pun dah hampir pukul 3 petang..cadang nak tengok cerita The Avenges tapi pukul 4 petang baru start..tak nak lah balik lambat..kesian mak & Naylee. Snow White & The Huntsman lak pukul 2.30 petang tadi dah start..takut rugi tak dapat tengok awal-awal cerita..at last kami pilih cerita Madagascar 3..start pun pukul 3..sedang elok lah tu. Aku memang dah ikut cerita Madagascar ni dari 2 series yang awal. Memang tak mengecewakan cerita ni..sememangnya best. Habis je cerita kami terus balik, dalam pukul 5 petang sampai rumah.
No comments:
Post a Comment