Aku baru sahaja mendapat berita sedih seorang rakan sekerja yang bayi nya kini ditahan di icu berikutan tempurung kepala retak..hanya Allah yang tahu bagaimana perasaan seorang ibu apabila anak yang dihantar ke taska sihat walafiat paginya tetiba mendapat panggilan taska mengatakan anak menagis tak berhenti. Sampai je di taska tengok mulut anak dah berbuih & tak sedarkan diri. Terdapat kesan bengkak pada bahagian kepala. Bayi nya sekarang dalam keadaan koma & perlu dibedah segera bagi membuang darah beku yang terdapat di kepala.
Dengar cerita berkemungkinan kecederaan pada bayi akibat perbuatan budak-budak yang duduk sama di taska tersebut. Bayi rakan aku ni baru berusia 4 bulan & dia adalah yang paling kecil di taska, yang lain-lain berusia sekitar 3-4 tahun. Kita pun sedia maklum dengan perangai budak-budak yang tengah membesar ni, kita sepatutnya lebih peka & memberi perhatian kepada bayi yang masih kecil sebab dia bukan reti nak protect diri sendiri.
Kepada pengusaha-pengusaha di luar silalah ambil iktibar dari kemalangan telah berlaku di taska lain. Berilah perhatian yang sewajarnya kepada anak-anak di bawah jagaan anda. Sayangilah mereka seperti anak sendiri.
adik nur iris arissa
marilah kita sama-sama doakan yang terbaik untuk adik ni
Nama baby
:
Nur Iris Arissa
Umur
: 4 bulan
Status
Baby
: Koma
Kecederaan
: Hentakan di bahagian kanan kepala.
Punca
:
Tidak dikenal pasti. Masih dalam siasatan polis.
Lokasi
Kecederaan : Nursery
Tarikh
Kejadian : 18/6/2012 (Isnin) jam 3.00
petang.
No comments:
Post a Comment