Wednesday, September 02, 2015

Perkembangan penyakit Hyperthyroid

Alhamdulillah, kesihatan aku semakin memberangsangkan
mana tak nya, dari 49kg sekarang sudah mencecah 66kg..hahaha
terlebih sihat lah pulak, habis ketat semua baju-baju aku
mujur masa kurus sekejap tu aku tak banyak membeli baju
kalau tak rugi je

Aku mula mendapatkan rawatan di UMSC pada bulan 8, 2014
masa tu aku takut-takut nak makan ubat doktor sebab aku masih menyusukan Sofea
walaupun doktor bagi ubat yang sesuai untuk menyusu dan mengandung, PTU nama ubat tu
aku cari perubatan alternative, hemopati
berat mulai naik tetapi simptom masih terasa
akhirnya aku mengalah juga, makan la ubat PTU dan bisoprolol, masa tu bulan 10, 2014
perghhh..lepas makan ubat-ubat tu, berat aku naik mendadak, seminggu sekilo
kebetulan appointment aku 2 bulan sekali, bulan 12, 2014 baru jumpa
masa ni aku makan 6biji PTU dan sebiji bisoprolol
keputusan darah amat mengejutkan, paras hormone tiroid aku drop
jadi hypothyroid  sudah
patut lah badan aku rasa seram sejuk, berat badan naik mencanak-canak, senang cramp
pakai baju pun aku boleh tergeliat, nak garu belakang badan apatah lagi
jumpa doktor semula, doktor kurangkan dos ubat kepada 4biji PTU, bisoprolol tidak perlu lagi

Selepas dari itu, doktor kekalkam dos 4biji
Masuk bulan 2, 2015, paras hormon tiroid aku benar-benar stabil
tetapi masalah lain pula timbul
aku mengadu dengan doktor, perut aku cramp, rambut gugur teruk, sakit kepala
terus doktor arahkan aku buat ujian darah, sampai 4 tiub dia amik

Bulan 3, 2015, jumpa semula doktor tengok keputusan darah
rupanya paras hormon cortisol aku pulak drop
doktor tambah ubat hydrocortisone (sejenis steroid) untuk bantu naikkan hormon cortisol pulak
sudah terang-terang steroid, mana mau aku makan
ubat tiroid juga aku kurangkan sendiri tanpa pengetahuan doctor
sehingga masuk bulan 5, aku langsung tak ambil ubat tiroid lagi
(DILARANG KERAS UNTUK BERHENTI MAKAN UBAT TANPA ARAHAN DOKTOR)

Bulan 5, 2015, Alhamdulillah hormon cortisol aku dalam paras normal
doktor kata tak perlu lagi makan hydrocortisol lagi
kalau lah doktor tau aku tak makan pun ubat yang dia bagi..hihi
badan aku mungkin sudah bercelaru kot
sekejap okey, sekejap tak okey
hormon tiroid tinggi sedikit mungkin sebab aku berhenti makan ubat


Bulan 8, 2015,
Keputusan darah menunjukkan paras FT4 dan FT3 aku stabil
hormon TSH agak rendah di bawah skala
Doktor kata keputusan agak bagus, dia kekalkan 4 biji ubta tiroid
walaupun tak makan ubat, hormon aku agak stabil, itu sudah cukup mengembirakan
aku cuba mengawal diet aku sendiri, kurangkan makan seafood,
soya aku tak sentuh kecuali kicap dan tempe (sebab jenis fermented food dibolehkan)

Boleh kata sebenarnya aku eksperimen kebolehan badan aku untuk sembuh sendiri
bahaya dan mencari nahas namanya
tapi aku tak suka nak makan ubat sebab kesan-kesan sampingannya
aku jadi sangat sensitif, cepat marah, berat badan tak usah cerita la
sudah macam tong dram
Jangan tiru tau..dengar nasihat doctor

Okey, bye.........




No comments:

Post a Comment