Sunday, October 12, 2014

Bila Allah menyapa hamba-Nya

Tajuk entry buat gempak sahaja
memang gempak pun
menyapa bagaimana itu
dengan ujian, semestinya
Allah menguji hamba-Nya
dengan pelbagai cara, dari anak, rezeki, kesihatan dan berbagai lagi
tujuan? pasti mengigatkan kita yang alpa
dan semestinya ujian itu diberi sesuai dengan kemampuan kita
dan itu juga tanda Allah sayangkan kita

Kenapa tetiba pula aku bercerita tentang itu
semuanya berlaku rentetan penurunan berat badan aku yang menakubkan
actually bukan berat badan sahaja yang turun
macam-macam simptom yang aku alami
- berdebar
- panas dan kuat berpeluh
- terlalu lawas
- sakit kepala
- kulit menjadi kering dan gatal
- rambut gugut
- sakit sendi
- menggigil

aku baru perasan semua ini bila mana aku tidak mampu berpuasa
badan menjadi gigil
aku mengambil keputusan untuk mengulang ujian darah tetapi khas untuk
penyakit ini
akhirnya ujian yang ditunggu sudah keluar
memang sah aku pengidap sakit itu
dan ia juga merupakan penyakit keturunan
apa tu

'HYPERTHYROID'

penyakit ini melibatkan kelenjar tairod yang berfungsi mengawal hormon sebahagian fungsi badan
penyakit ini menyebabkan  kelenjar tairod aku mengeluarkan lebihan hormon
antara yang terganggu adalah jantung, kulit, tulang, rambut & metabolisma
ini yang aku tahu, kalau ada yang lain mohon tambahkan
that why aku makan sudah sampai tahap orang kata macam 'membela'
badan aku tidak membesar pun, bahkan menurun lagi ada
dari 64kg jadi 49kg
memang mengerikan, dan juga orang cengkung sampai mata tersembul
mohon dijauhkan

Setelah mendapat bantuan pakar perubatan
Alhamdulillah berat badan aku makin meningkat
sekarang berat sudah naik ke 53kg
simptom-simptom semakin berkurang
cuma aku perlu consistant makan ubat
aku sangat positif untuk sembuh
since mak aku juga adalah bekas pesakit hyperthyroid
apa yang perlu, kena bersedialah badan akan mengembang
bagai dipam-pam..huhu
sekurang-kurangnya 2 tahun untuk aku mendapatkan rawatan

Dan ini adalah ujian-Nya buat aku
mengingatkan aku tentang mati
bila-bila masa pun kita boleh mati kan
mungkin juga ini adalah cara Allah untuk menghapuskan dosa-dosa kecil aku
siapa yang tahu
kadang-kadang kita terlupa pada-Nya
dengan cara ini kita akan kembali bersujud dengan serendah-rendahnya hati
Moga Allah memberi kekuatan dan kesabaran buatku
memberi kesembuhan padaku
amin amin

No comments:

Post a Comment