Friday, March 01, 2013

set pantang

Baru 15 minggu kandungan aku, tapi aku dah start fikir pasal berpantang
Rasanya tak salah buat perancangan awal, boleh simpan duit

Masa mengandungkan Naylee aku pilih set Jamu Mak Dara
Aku amik 1 set tapi bengkung aku tukar ambil yang tradisional punya, bengkung lilit


ihsan google
 
Boleh dikatakan set ini lengkaplah dengan harga RM350.00, sebenarnya agak mahal bagi aku
dek terpengaruh dengan badan pengasasnya aku pun pejamkan je mata
padahal masa anak dara pun badan aku tak macam Ibu Halimah
kalau dah jadi mak dara ni lagilah payah nak dapat badan macam tu
dari review kebanyakan orang sangat baik
tapi aku cuma boleh review sikit je sebab jamu dia aku makan cuma 2 biji dari 4 botol yang diberi
mungkin aku ni memang jenis tak tahan jamu kot..baru makan 2 biji kepala aku terus pening
sampai 2 hari pening nya..itu pun aku makan lepas 2 minggu bersalin sebab Naylee ada jaundis sikit
terus aku stop je..
Aku paling suka lulur kopi & mandian herba dia, rasa segar je badan lepas pakai
kulit pun terasa halus & bersih
Minyak panas dia pun ok jugak..sedap baunya..
Bedak sejuk pun ada tapi aku pakai sikit-sikit je..sama je dengan bedak sejuk lain
Cuma tungku herba ni je yang tak best, cepat sangat sejuk
kesian hubby sekejap-sekejap nak kena panaskan tungku herba ini untuk aku
tak puas langsung nak tungku tapi bau dia sedap
 
ihsan google
 
 
Lagi satu aku makan gamogen, kononnya untuk cepat sembuhkan luka

Tapi sebenarnya dek kerana lasak masa pantang, 1 jahitan aku terbuka
Tapi nurse klinik desa nasihatkan aku pergi klinik swasta je
Kat klinik swasta doktor kata tak de masalah sangat sebab 1 je yang terbuka
dia bagi aku ubat kuning, antibiotik & vitamin C
So boleh dikatakan sebenarnya sepanjang pantang bersama Naylee aku cuma consume gamogen & vitamin C, tak de jamu-jamu..
Harap-harap badan aku ni boleh pakai lama lah, orang selalu takut-takutkan
tak makan jamu nanti, sampai umur 40 dah sakit itu & ini, betul ke?
 
Untuk pantang yang akan datang ini, aku dah usha-usha produk yang tak berasakan jamu
memandangkan aku memang tak tahan jamu & bercita-cita untuk susukan baby sampai 2 tahun
yang mana tak tercapai masa Naylee, setakat 9 bulan lebih sikit je, maafkan ibu ye sayang..touching la pulak..
Aku rasa produk ini sesuai kot
 
ihsan google
 
Aku ada survey-survey dengan beberapa orang distributor shaklee untuk trial set pantang
yang asasnya vita-lea, vitamin c, b complex & zinc complex
untuk tambahan boleh ambil ostematrix, esp, alfalfa complex dan omega guard
macam-macam cadangan lah yang diberi
aku fikir-fikir nak ambil trial set pantang + esp + alfalfa trial pack
pastu terpengaruh lak nak kurus, aku nak cuba lecithin, ambil trial pack juga
Ni semua dalam perancangan lagi..tanya-tanya harga dalam RM250 - RM270
kalau okey boleh lah angkat full set punya lepas ni
 
Harap-harap pantang yang akan datang ni, lebih baik dari dulu
mana lah tau boleh dapat badan persis anak dara lepas
kuat betul berangan!!
 
 
 
 
 
 


No comments:

Post a Comment