Saturday, February 09, 2013

Klinik swasta vs klinik kerajaan

Kalau ditanya pandangan aku, aku lebih prefer untuk check up pregnant di klinik kerajaan sebab pemeriksaan yang ditawarkan lebih detail, cuma seperti semua maklum, mengambil masa yang lama sebab orang ramai & kadang-kadang mengganggu masa kerja. Tapi tu bukan masalah bagi aku sebab bos aku sangat memahami.
Pada mulanya aku fikir nak teruskan check up 2nd pregnancy ni kat klinik kerajaan tapi hubby ajak check up di klinik panel dia. Dia nak ikut serta semua check up bulanan. Masa Naylee dulu, hubby cuma dapat temani aku sekali je sebab faktor masa kerja. Kali ni dia tak nak  terlepas. Aku ikut je..lagi pun aku fobia sikit nak bawa kereta sendiri sekarang sejak kemalangan hari tu. Tak payah la pergi kerja berasingan lagI.
So bermula la episod check up aku di kilink swasta. Kami pilih kilink perdana. Minggu ni genaplah kandungan aku 3 bulan, sedang elok lah tu buat check up. Lepas balik kerja terus ke klinik, orang pun tak ramai, cepat je la dapat jumpa doktor. Doktornya sangatlah peramah & baik sekali. Boleh dikatakan pemeriksaan yang dijalankan lebih kurang macam kat klinik kerajaan cuma ada tambahan ultrasound. Yang ni paling suka sebab dapat tengok baby dalam perut.
So far ok la..rasa-rasanya klinik kerajaan atau swasta sama je, cuma klinik swasta kita kena keluar duit tapi dapat layanan extra baik, masa lebih flexible berbanding klinik kerajaan percuma tapi kena pergi waktu kerja. Since pergi klinik panel tak de la terasa, tapi kalau nak keluar duit sendiri fikir beberapa kali kot.

No comments:

Post a Comment