Tuesday, September 11, 2012

2 bulan punya update

Dah lama tak update blog..
Sangat sibuk kebelakangan ni..pindah rumah..menyambut Ramadhan...nak sampai penghujung Syawal pun.

Since dah duduk sendiri ni..semua kena buat sendiri..
Masa duduk dengan mak boleh la mengelat sikit-sikit..yeke sikit..macam banyak je
Baru kau tau macam mana nak menguruskan rumahtangga..siang dah penat bekerja..balik rumah nak kena basuh baju, kemas rumah, memasak & macam-macam la..kadang tu rasa tak cukup masa je.

Bab bangun sahur lagi satu..dulu-dulu mak kejutkan bangun..aku tinggal nak makan je..itu pun liat nak bangun..
Sekarang kena bangun prepare makanan untuk hubby..mengantuknya jangan cerita lah..
tapi demi mendapat pahala sunnah & keberkatan puasa tu kena la bersahur kan..& memastikan perut aku boleh bertahan sampai waktu berbuka.

Tahun ini buat julung-julung kalinya dalam hidup aku masak rendang weii..macam tak percaya je..
Tahun-tahun sebelum kahwin jangan harap la nak masak..malas punya anak dara..tolong potong-potong bawang je.
Dah kahwin ni kena la masak cuma tahun lepas dapat pelepasan sebab tengah sarat mengandung..menunggu hari je..Naylee lahir pun pada 6 Syawal, kalau masak agaknya dah terberanak kot hari mantai tu..hehe..suka-suka aku je.
Dan dengan ini juga buat pertama kalinya mak aku tak payah masak hidangan hari raya sebab semua aku buat dari nasi impit, kuah lodeh, sambal kacang & rendang..
Ini dikira hadiah untuk mak sempena hari raya ni..mak rehat-rehat je lah tahun ni sambil main-main dengan Naylee.
Walaupun ini pertama kali aku menyediakan hidangan raya, dapat pujian tau dari mak & hubby..
kembang aku nyah..

Apa yang tak bestnya raya tahun ni, baju yang aku tempah, yang dah dihantar bulan Mac yang lepas tak siap lagi..last minit tailor tu leh cakap kain baju tu tak boleh buat kebaya, boleh buat kurung moden je tapi dia tak sempat nak siapkan untuk raya ni..boleh ke??
Tak harunya aku nak mencari baju last-last minute ni. Angin satu badan dibuatnya..aku bagi peluanglah suruh siapkan untuk raya haji lak..kira baik la aku ni
Hari ni aku ada call, tanya kot-kot dah siap..dia boleh kata banyak baju nak jahit..
aku apa lagi mengaruk la..dah 5 bulan kot baju saya kat akak, raya hari tu tak dapat pakai, harap-harap dapat pakai la raya haji ni..takkan nak suruh saya tunggu sampai raya tahun depan lak kak oiii.
Sabor je la...

 Jom cuci-cuci mata dengan gambar hari raya yang tak seberapa..


 lodeh yang meriah
 
 sambal kacang yang kurang cili..pucat sikit
 
rendang ayam pertamaku
 
pagi raya..sangat gemuk
 
si kecil yang kepenatan
 
bersama atok

No comments:

Post a Comment