Monday, April 16, 2012

Maxi skirt kuning mustard dari Batik Valley


 
Aku baru sahaja membeli sehelai maxi skirt yang best dari Batik Valley. 
 Harga RM53 termasuk postage..& hubby belanja yang menjadikan ia bertambah-tambah best.
Aku memilih colour mustard untuk mencipta kelainan..sampai hubby tanya beberapa kali "Betul ke sayang nak warna kuning ni? Berani ke nak pakai skirt warna kuning?" Dengan comfident nye aku menjawab YA. Padahal aku punya kepala sampai pening berfikir nak padankan dengan baju apa skirt ni nanti. 


Akhirnya..maxi skirt aku yang berwarna kuning ini aku padankan dengan baju yang turut aku beli secara online daripada Cantik Hijabku berwarna hijau biru.




digandingkan dengan kasut wedges warna cream 

Material maxi skirt ini lembut, tak panas & cantik, yang paling aku suka bila berjalan dia beralun ikut rentak kaki kita. Hubby pun tau aku memang suka skirt yang kembang-kembang gitu bila berjalan & ditiup angin. Cuma kena pakai kain dalam sebab jarang sikit.

Hot & Roll best !!


Last week aku ada terbaca entry seorang blogger tentang Hot & Roll, sedap bangat katanya. Selama ini aku hanya pandang sepi je kiosk Hot & Roll tetapi bila terbaca tentang pengalaman orang mencuba beserta gambar-gambar yang bisa membuat alir liur ku meleleh, tanpa banyak cerita aku pergi sendiri untuk mencuba.

Kami memilih Crispy Pizza Beef untuk dicuba sebab terpengaruh dengan gambar dia yang menyelerakan.

Harga dia RM5.90. Sempat ambil 2 gambar cara pembuatan Crispy Pizza Beef.

 Crispy Pizza Beef kami sedang dibuat

topping with cheese, pepperoni, onion, mayonnaise, & chili powder

hubby & Naylee sempat posing sesambil tungu

hubby merasmikan dulu

Si kecil ini pun merengek nak cuba..acah-acah je..jangan tidak


MEMANG BEST !! RASA MACAM PIZZA


Thursday, April 12, 2012

Semalam..

melaram dengan headband kak Reena

Kat lobby Hospital Segamat masa melawat ayah chik Naylee.
Cian ayah chik..accident kat Gemas kelmarin, mujur tiada sebarang kecederaan serius.