Thursday, November 02, 2017

Nazhan dan Sofea warded ; bronchiolitis

Cerita dah basi tapi abadikan juga sebagai kenangan
Alkisah 3 hari sebelum Ramadhan, hari Rabu, Nazhan dan Sofea demam
sehingga Jumaat tiada tanda-tanda untuk sembuh bahkan bertambah teruk
diorang dah muntah-muntah pulak, demam pun tinggi
kitorang risau denggi je
so decide bawa pergi klinik kesihatan pagi Sabtu, Ramadhan pertama, untuk check darah
Alhamdulillah, tiada tanda-tanda denggi, ada jangkitan kuman sedikit
tapi doktor perasan nafas Nazhan agak laju, beliau terus buat surat refer ke Hospital Sg Buloh

Kami balik rumah dahulu, kemas sikit barang-barang keperluan kot-kot lah kena warded
Sofea dan Naylee kami tinggalkan di bawah jagaan adik ipar aku
sesampai je emergency, MA terus rujuk kami ke zon kuning, wad separa kritikal
demam agak tinggi masa tu, nafas memang laju
doktor bagi oksigen sebab kadar oksigen agak rendah, dan terus pasang branula
kesian sangat tengok keadaan Nazhan masa tu, sangat lemah

semasa di wad separa kritikal

Alhamdulillah masa berbuka ada NGO yang edarkan kurma dan air minuman
berbukalah kami laki bini dengan kurma, makan sekadar
pukul 10.30 malam baru Nazhan dapat katil di wad 8C
bermulalah episod kami berkampung di hospital

bertambah lemah, tidak mahu makan dan menyusu, doktor drip air

Sedang aku sibuk meneman Nazhan di hospital, keadaan Sofea di rumah makin teruk
langsung tidak boleh makan dan minum, sesudu air pun tak boleh masuk, semuanya keluar
risau dengan keadaan dia hubby bawa Sofea ke klinik dan mintak surat refer ke hospital
Ramadhan ke-3 menyaksikan pula, Sofea warded
aku teman Nazhan di wad atas, hubby pula teman sofea di observation wad di bawah
kami minta pihak hospital untuk menempatkan Sofea dan Nazhan di wad yang sama agar senang untuk kami jaga,
Alhamdulillah, Ramadhan ke-4, kedua-dua anak kami duduk sebelah-menyebelah katil

emergency - dehydrated, nafas laju

Hasil pemeriksaan doktor, ujian x-ray, darah dan sample kahak
terdapat jangkitan kuman pada paru-paru mereka, menyebabkan radang, menyukarkan mereka bernafas
So doktor on antibiotics untuk 5hari setiap sorang
Memandangkan Nazhan masuk dulu dan dapat rawatan awal, hari ke-8, Alhamdulillah dapat discharge
Ngam-ngam pulak tarikh discharge tu ialah ulang tahun birthday dia yang pertama, semacam hadiah pulak
Selang 2 hari Sofea pula dapat discharge
Ini pengalaman pertama anak-anak warded, tumpah juga air mata aku melihat keadaan mereka masa ni
Sekarang jadi fobia kalau dengar diorg batuk, 
Moga Allah sentiasa melindungi mereka dan dijauhi daripada penyakit dan kecelakaan. Amin..


warded 



berhimpun semula pada Ramadhan ke-10


No comments:

Post a Comment