Sunday, June 10, 2012

ikan siakap 3 rasa

Atas permintaan hubby nak makan ikan siakap 3 rasa, aku dengan penuh bersemangat ingin memenuhi permintaan buah hati aku ni. Aku ni sebenarnya tak berapa rajin ke dapur, jadi almaklumlah skill memasak aku pun kurang..
mana dapat resepi? aku mintak dari bos aku sehari sebelum cuti..bos aku yang lelaki ni pun pandai masak..malu betul. Thanks boss..resepi menjadi & sedap.

ikan yang siap dimasak..hubby bagi gred A-, terharu..walaupun ni kali pertama masak ikan siakap 3 rasa. Tak sangka pandai gak aku memasak.hehe

masakan tambahan sayur bayam masak air + soun + tauhu pucuk + kentang. panas-panas lagi.


Yang ni pulak..

anak ibu yang comot..cuba alihkan perhatian dia dengan memberi biskut celop cekelat Nini. Kalau tak, kita sibuk memasak dia pun sibuk 'mengemas' dapur.

Friday, June 08, 2012

suka mandi

Naylee memang suka mandi sejak dia dilahirkan..
kalau mandi mesti nak lama..kalau tak mesti meraung tak puas mandi
kita lah yang risau kan dia..takut sejuk ke..kena selsema ke
Alhamdulillah kesihatan Naylee sangat baik setakat ni
berkat penyusuan susu ibu agaknya..sayangnya hanya sampai 8 bulan je..terkilan

semalam aku ambil cuti hantar mak check up di klinik, dapatlah luangkan masa dengan si kecil ni sekali
petangnya lepas mak mandikan Naylee sesaja masukkan dia dalam baldi kecil
pandai dia terus duduk nak rendamkan badan dalam air..happy betul anak ibu berendam dalam baldi
tapi bila kita keluarkan melalak macam kena gigit semut api je





 bila snap gambar senyap lak..pandai berlakon anak ibu ni ya..

Monday, June 04, 2012

another 5kg to go

sebelum ini aku ada bertekat untuk menurunkan berat badanku yang kini boleh diketegorikan dalam kumpulan overweight..huhu..malunya..

sejak hari tu, aku dah berjaya menurunkan 2kg dalam tempoh 3 bulan..boleh la kan daripada tak berkurang langsung atau pun makin bertambah..

aku target 7kg untuk diturunkan..so ada 5kg lagi. target seterusnya 5kg lagi untuk menjadikan berat idamanku 53kg. jangan cerita lah pasal 5kg yang seterusnya..yang ada pun tak capai-capai lagi.
boleh katakan aku ni hangat-hangat tahi ayam juga..kalau betul-betul mesti dah capai apa yang aku nak. memang dasar kuat makan..tolong lah aku..............