Sunday, April 09, 2017

GBS positif ketika mengandung

Mengandung anak ketiga ini aku diuji dengan GBS positif
keputihan adalah biasa dalam kehamilan, menjadi bahaya bila ada GBS positif
tidak bahaya bagi si ibu, tetapi pada anak yang dikandung
seharian aku menangis selepas dengar keputusan swab test aku
punya lah risau..mana tak risau, risiko ialah kematian pada baby
kalau survive pula risiko seperti pekak dan buta

Rawatan yang doktor berikan ialah melalui antibiotik
seminggu aku on antibiotik
doktor juga pesan masa nak bersalin, perlu maklumkan pada pihak hospital yang kita ada GBS positif
doktor akan drip antiobiotik sebelum ibu bersalin dan sekurang-kurang 4jam sebelum bersalin
dalam kes aku, tak sampai 4 jam dapat antibiotik aku dah bersalin
jadi doktor on antiobiotik pada baby selama 3 hari
Alhamdulillah keputusan darah anak aku negatif kuman GBS ini
tetapi doktor tetap on antibiotik untuk  langkah berjaga-jaga

Apa yang boleh aku katakan, jangan ambil remeh keputihan semasa hamil
aku sendiri buat swab test 2 kali sepanjang kehamilan kali ini
swab test yang pertama tidak menunjukkan apa-apa jangkitan luar biasa
swab test ke-2 semasa 36w, tak sangka pula ada GBS positif


Nak mencari urat dia yang paling mencabar, dekat 2 jam baru jumpa. Sampai sekarang masih ada kesan parut-parut kecil pada kedua-dua tangan dia, ntah berapa banyak kali doktor tu cucuk. Bukan sahaja tangan, kaki juga, Doktor kata sebab baby gebu, susah nak cari urat. Masih terngiang-ngiang tangisan dia, mahu saja aku pergi ke bilik tu, fikir sahaja itu untuk kebaikan dia, aku relakan jua..hukhuk  

No comments:

Post a Comment