Ada ke istilah evening sickness..rasanya yang ada cuma morning sickness je kot
Pregnant kali ini pengalamannya sungguh berbeza dengan kandungan dahulu
dulu muntah sikit-sikit je..adalah 7 kali kot aku muntah
kali ini boleh dikatakan setiap hari paling teruk waktu petang
bila masuk je tengah hari sampai lah ke malam, aku betul-betul tak larat
asik nak muntah je..penat..kembung perut
bila masuk 3 bulan je aku start muntah pagi sampai ke malam lak
tapi tak de lah sampai lembik-lembik, cuma tak larat je
setakat 15 minggu kandungan aku sekarang, baru sehari aku MC,
kuat tak semangat aku? aku bukanlah pekerja berdedikasi macam hubby cakap
sakit-sakit pun nak kerja, aku cuma taknak mencemarkan rekod kehadiran aku kat tempat kerja
agak-agak aku tak larat, aku bersandar je lah..dah ok aku sambung balik kerja
Alhamdulillah bos aku amat memahami
tapi dah 4 hari ini aku langsung tak muntah..rasa nak muntah je tapi tak jadi
mungkinkah ini petanda morning & evening sickness aku bakal berakhir
harap-harap begitulah..
next week nak masuk 16 minggu dah, tak sabar nak pergi check up
semoga anak ibu sihat-sihat kat dalam sana
Simptom pregnant kali ini
- muntah-muntah
- angin
- gatal-gatal kat kaki
- pening kepala
- penat melampau
- kerap buang air kecil
- batuk-batuk
Agak-agak jantina baby ibu kali ini apa ye..
No comments:
Post a Comment