1. Melihat senyuman manis & manja Naylee menyambut kepulangan kami suami isteri balik kerja, bisa menghapus segala keletihan & stress di tempat kerja.
2. Melihat gambar-gambar Naylee kala di tempat kerja buat aku senyum-senyum sendiri di depan desktop seperti orang gila.
3. Kami suami isteri selalu berbual tentang Naylee & telatah dia dalam perjalanan kami ke tempat kerja & balik, berkesudahan dengan senyuman mengenang kami kini sudah punya anak.
4. Kadang-kadang Naylee mencabar kesabaran aku dengan kerenah dia yang macam-macam, tapi bila mengenang kembali kenakalan dia tetap buat aku tersenyum & kadang-kadang rasa menyesal meninggi suara dengan dia.
5. Senyuman Naylee kelemahan ibu & ayah..semua kesalahan Naylee terhapus begitu sahaja..tak jadi nak marah bila tengok Naylee senyum-senyum manja.
mata bulat yang selalu ibu rindu
buat ibu rasa taknak pergi kerja hari-hari
buah hati pengerang jantung ibu
No comments:
Post a Comment