Wednesday, February 29, 2012

sekuntum bunga & 40 ekor kumbang



aku adalah sekuntum bunga mekar di taman yang didiami oleh sekumpulan 40 ekor kumbang...itu hanya lah perumpamaan ciptaan aku menggambarkan tempat keje aku. aku bekerja di sebuah kilang milik jepun, keje cuma sebagai clerk tapi title xmau kalah ' Engineering Asst.". aku clerk bahagian maintenace..sudah pastinya section ni didominasi oleh kaum adam. cuba bayangkan kehidupan seharian aku ditempat keje dengan 40 orang lelaki. sebelum masuk keje kat sini lagi aku dah menyandang title tunangan orang. jadi diorg ni xde le nak cecuba tackle aku..huhu.

segan-segan mula masuk keje dulu..tapi lama-lama dh pandai bawa diri. diorg semua ok-ok belaka..cuma kalau bgurau agak kasar skit..kalau tak tahan leh touching. aku dengar clerk dulu sampai nangis diorg sakatnye.. kadang-kadang kalau di pikir, baik bekerja dgn 40 lelaki dari 40 perempuan sebab tau je lah kaum-kaum kite ni..kuat mengumpat, silap haribulan mesti bermasam muka sesama sendiri. banyak gak kes camni yang aku dengar kt department lain yang ramai perempuan. apa pun..yang penting kita mesti pandai menbawa diri & pertuturan agar tak menyakiti hati orang lain.

Friday, February 10, 2012

hot mama

Selepas bersalin ni..perasan ada pertambahan berat badan. Sebenarnya berat dah susut ke berat asal 6 minggu selepas bersalin. Ni dah naik 4kg lak.. aduhaii.. Kata orang kalau kita breastfeed baby dapat membantu menurunkan berat badan, tapi aku sebaliknya. Mungkin disebabkan selera makan aku yang bertambah sekarang ni..asik lapor je memanjang.

So..aku bertekad untuk menguruskan badan ni..kalau boleh nak turun 7kg. Tapi selepas Naylee masuk 6bulan la..memandangkan Naylee sekarang hanya bergantung pada susu badan je, jadi semua zat datang dari aku. Kalau diet sekarang kesian lak kat Naylee. Lagi sebulan Naylee masuk 6 bulan. Jadi aku akan plan sebaiknya..untuk mencapai impian aku menjadi HOT MAMA!!