Thursday, November 30, 2017

Pengalaman bercuti di Bali, Indonesia

Dengar berita Gunung Agung di Bali meletus. Terkenang pulak memori daun pisang kami bercuti di sana. Mujur masa kami plan bercuti di Bali, Julai yang lepas semuanya baik-baik. Alhamdulillah suami ada rezeki lebih bawa kami anak-beranak bercuti di luar negara. Katanya hadiah untuk aku yang melahirkan anak-anak 3 orang tu..hihihi. Seawal bulan Febuari kami booking tiket flight, nak kata murah tak juga, boleh la. Kami decide ambil pakej di Bali, senang semua diuruskan, dari hotel, tempat makan termasuklah supir. Tapi itinerary aku buat sendiri, tempat makan pun aku pilih nak yang mana. Kami pergi 4hari 3malam je, rasa tak puas pula sebenarnya. 

Hari pertama (23 Julai 2017)
 
Seawal 5pagi dah bangun siap-siap nak ke airport. Minta tolong adik ipar hantar. Since ni first time kami naik flight ke luar negara, tiada pengalaman, kena la datang awal kan. Pukul 7pagi dah terpacak dekat airport. Departure pukul 10.50pagi. Alhamdulillah semua urusan dipermudahkan. Boleh tahan juga berjalan jauh ke dalam tu..fuhh. Si kecik Nazhan sempat lagi tidur tunggu kapal terbang. Masuk je kapal terbang, 3 jam tulah dia tak tidur. Huru-hara dibuatnya. Elok touch down Bali, dia dah mengantuk, terus tidur sepanjang perjalanan ke Uluwatu..hishh bertuahnya anak.


bebudak excited nak berjalan


kemain lena dia



Sedap!














tarian kecak

Dinner kami di kedai Ayam Tulang Lunak Malioboro. Ayam dia boleh makan sekali dengan tulang-tulangnya. Tapi hubby tak sampai hati nak makan tulang ayam tu, pun boleh. Aku belasah je, dah boleh makan. Ala-ala macam ayam penyet juga. Boleh tahan la rasanya..harga aku tak tahu, sebab semua dah include dalam pakej aku bayar.




 Settle makan malam, kami check in hotel di Kuta, Alron hotel namanya. Not bad, bilik sesuai dengan family besar kami ni, 1 katil king dan 1 katin single. Bilik pun selesa, sarapan pun dah include sekali. Kami duduk hotel selama 2 malam, malam ke-3 check in hotel lain.






 Hari kedua (24 Julai 2017)

Seawal 7 pagi kami sudah keluar sarapan dan terus bergerak untuk menyaksikan tarian Barong. Sebenarnya tak faham sepatah haram apa yang disampaikan dalam tarian barong tu, bergantung dengan kertas yang dia sediakan baru tahu penceritaannya. Macam opera cina juga gayanya. Tapi aku paling layan dengan irama gamelan dan tarian lenggong masa pembukaan cerita.



Selepas menonton tarian Barong, kami bergerak ke Guo Gajah. Tempat ini memang aku pilih sebab tertarik dengan ukiran batu di mulut gua ni, Unik kan.





Lunch aku pilih tempat special dan unik. pondok makan dia atas air, kemain excited anak-anak. Paling susah nak control Nazhan, Risau kot dia terjun dalam air je..hahaha. Nama restoran ini, Bale Udang. Restoran ini ada 2 cawangan di Bali, yang ini di Ubud, satu lagi di Kuta. Kalau di Ubud ini, kawasanya terletak di tepi sawah, siap ada itik bermain-main di tepi sawah tu. Tak dapat gambarkan perasaan syok tu. Menikmati makanan dengan pemandang sawah yang menghijau dan udara yang segar berangin, sambil bagi makan ikan-ikan di kolam..wallahhh







Perjalanan seterusnya ke pusat pembuatan kopi luwak. Sejuk tempat ini, macam di Cameron Highland. Banyak ladang kopi di Ubud ni, ikut la supir kita nak bawa yang mana. Yang best dapat rasa kopi percuma beraneka jenis. Kalau kopi luwak kena bayar IDR50,000 secawan kalau tak salah.



Sofea tak lepas peluang mencuba sangai biji kopi


kopi percuma

Settle membeli sedikit ole-ole di Satria Luwak Coffee ini, kami ke Tegallalang, di mana tempat padi ditanam bertingkek-tingkek. Dek kerana kepenatan, kami tengok je dari atas, tak lalu la nak turun ke bawah. Tak berapa nak cantik pemandangan sebab padi dah dituai.




depan Ubud Palace

 Sebelum pulang ke hotel, kami singgah dinner di Wong Solo. Sedap juga makan di sini, terutamanya ayam bakar dan satay dia. Hingga menjilat jari..nyum. Ok aku dah terliur pulak..hahaha



 Hari ketiga (25 Julai 2017)

Kami keluar lewat sedikit hari ke-3 ni, terus check out dari Alron hotel. Hari ini, tak banyak tempat dituju, lebih nak santai-santai sahaja. Destinasi pertama kami ke Tanah Lot, dalam perjalanan sempat singgah beli kudap-kudapan. Fuhh tak dapat pisang goreng macam ni kat Malaysia. Ada perasa cheese, durian, chocolate, melon dan strawberi. Sedap yang amat. Balik dari Tanah Lot kami singgah lagi beli. Nampak tak ketagihan kesedapan pisang goreng aroma tu



sepanjang perjalan ke Tanah Lot terdapat banyak sawah padi, cantik sangat

 Cantikkan pemandangan di Tanah Lot dan pura baru balong. Tapi panasnya la hai..







Balik dari Tanah Lot, singgah makan di pekan Kuta, Taliwang Baru, pun pilihan aku..hahaha. Yang special ayam bakar pedas dia tu..woww. Dimakan bersama plecing kangkung. Restoran ini menyediakan masakan Lombok. Merasa la masakan Lombok walaupun tak ke sana.





 Destinasi seterusnya ke Monumen Perjuangan Rakyat Bali. Aku pilih tempat ini pun sebab keunikan seni bina tugu bangunan ini. Macam dalam cerita Mortal Combat pulak. Menarik juga, macam musium di dalamnya.




Di penghujung hari kami bergerak ke Pantai Jimbaran untuk menikmati makan malam dengan pemandang matahari terbenam. Konon-konon romantik la. Padahal huru-hara mengejar Nazhan kat pantai tu, dimakannya pasir..adehh. Makanan yang disediakan biasa-biasa sahaja, lagi sedap seafood kat kuala selangor tu. Tapi lebihnya nak buat kejutan sambutan birthday hubby. Terima kasih pada Ayu dan suaminya membantu membuat surprise ini. 





Balik dari Jimbaran, kami check in Park Regis Kuta Hotel. Special sikit la hotel last day ni. Ada swimming pool dalam bilik. 



 Hari keempat (26 Julai 2017)

Hari terakhir, kita santai-santai je dalam bilik, manfaatkan swimming pool yang ada. Pukul 12 tengahhari berkemas dan check out hotel. Tempat pertama dituju ialah makan, mestilah penuhkan perut dulu, baru boleh jalan..hahaha.  Tempat pilihan aku juga, Restaoran Pawon Pasundan, menyediakan makanan khas Sunda.





Siap makan, kami pusing-pusing sekitar bandar kuta. Tak banyak gambar, singgah juga di Hard Rock, ada orang kirim barang. Kami tak beli pun..bukan peminat Hard Rock . Jalan-jalan di pantai Kuta, kemudian beli ole-ole khas bali di Agung Bali. Pun tak amik gambar. Boleh katakan kami tak banyak shopping pun di Bali, sekadar beli souvenir untuk ahli keluarga dan kawan rapat. Banyaknya makan..hahaha. Aku memang suka jalan-jalan cari makan. Sempat juga kami ke spa untuk urutan kaki, pun tak berapa nak relax sebab terpaksa mengejar Nazhan, budak baru dapat kaki lah katakan. 



Sebelum bertolak ke airport, sempat singgah makan bakso dan mi ayam. Tercapai juga hajat untuk merasa bakso asli Indonesia. Terima kasih diucapkan pada supir kami Mas Syifa atas jasa sepanjang kami di Bali.





hubby dan Mas Syifa

Kesimpulan yang boleh dibuat, terpaksa pergi balik Bali kalau ada rezeki tapi pergi berdua je lah..penat wei bawa anak kecik..hihihi. Untuk pengetahuan kalau nak tahu lah..total pakej yang aku bayar sepanjang di Bali, termasuk hotel, makan, tiket masuk ialah RM2,475. Pada aku berbaloi untuk kami berlima. Pakej aku direct terus dengan orang Bali, contact melalui FB Pakej Bali Murah, dikendalikan oleh Ayu dan suaminya Mas Syifa,