Tuesday, June 19, 2012

lagi kemalangan di taska


Sejak kebelakangan ni kita selalu dikhabarkan dengan berita kecuaian pengasuh di taska..dan yang paling menakutkan sehingga menyebabkan kematian kepada bayi.

Aku baru sahaja mendapat berita sedih seorang rakan sekerja yang bayi nya kini ditahan di icu berikutan tempurung kepala retak..hanya Allah yang tahu bagaimana perasaan seorang ibu apabila anak yang dihantar ke taska sihat walafiat paginya tetiba mendapat panggilan taska mengatakan anak menagis tak berhenti. Sampai je di taska tengok mulut anak dah berbuih & tak sedarkan diri. Terdapat kesan bengkak pada bahagian kepala. Bayi nya sekarang dalam keadaan koma & perlu dibedah segera bagi membuang darah beku yang terdapat di kepala.

Dengar cerita berkemungkinan kecederaan pada bayi akibat perbuatan budak-budak yang duduk sama di taska tersebut. Bayi rakan aku ni baru berusia 4 bulan & dia adalah yang paling kecil di taska, yang lain-lain berusia sekitar 3-4 tahun. Kita pun sedia maklum dengan perangai budak-budak yang tengah membesar ni, kita sepatutnya lebih peka & memberi perhatian kepada bayi yang masih kecil sebab dia bukan reti nak protect diri sendiri.

Kepada pengusaha-pengusaha di luar silalah ambil iktibar dari kemalangan telah berlaku di taska lain. Berilah perhatian yang sewajarnya kepada anak-anak di bawah jagaan anda. Sayangilah mereka seperti anak sendiri.


adik nur iris arissa
marilah kita sama-sama doakan yang terbaik untuk adik ni

Nama baby                 : Nur Iris Arissa
Umur                            : 4 bulan
Status Baby               : Koma
Kecederaan              : Hentakan di bahagian kanan kepala.
Punca                          : Tidak dikenal pasti. Masih dalam siasatan polis.
Lokasi Kecederaan : Nursery
Tarikh Kejadian       : 18/6/2012 (Isnin) jam 3.00 petang.

Monday, June 18, 2012

port dickson lagi

Family day department atok Naylee di Mess Pegawai Kanan PDRM di Port Dickson & Blue Lagoon.

tak pernah takut air
sexy girl
Naylee & ibu
kepenatan
kuat main air
dah pandai makan gula-gula chupa chup..
Naylee bersama hadiah cabutan bertuah yang dimenangi atok dia tapi aku awal-awal dah kecek kat ayah nak tablet pc ni..tapi macam bukan dapat kat aku je..Naylee dah tak nak lepaskan dah. 

tengok wayang

Hampir setahun aku tak menjejaki kaki di panggung wayang..nak bawa bawa Naylee tak sesuai lagi..dia masih kecil & tengah melasak..tak berapa minit nanti dah kena keluar..rugi-rugi..tunggu Naylee 2 tahun kot baru boleh.

Last week aku & hubby saja-saja cuba nasib nak tinggalkan Naylee kat mak aku, minta tolong mak jagakan cucu perempuan kesayangan dia ni jap..syukur mak tak kesah..dapat juga kami keluar dating berdua..akhirnya..terima kasih mak..

Kami pergi EON Anggun Rawang dengan menaiki motor. 15 minit sahaja perjalanan dari rumah ke sana..senang sikit cari parking kalau naik motor. Terasa diri ni muda semula lak..terkenang saat cintan-cintun dengan hubby dulu-dulu..wahh manisnya..

Sampai kat sana pun dah hampir pukul 3 petang..cadang nak tengok cerita The Avenges tapi pukul 4 petang baru start..tak nak lah balik lambat..kesian mak & Naylee. Snow White & The Huntsman lak pukul 2.30 petang tadi dah start..takut rugi tak dapat tengok awal-awal cerita..at last kami pilih cerita Madagascar 3..start pun pukul 3..sedang elok lah tu. Aku memang dah ikut cerita Madagascar ni dari 2 series yang awal. Memang tak mengecewakan cerita ni..sememangnya best. Habis je cerita kami terus balik, dalam pukul 5 petang sampai rumah.


3