Thursday, April 05, 2012

Naylee & her new stuff

Last week keluar berjalan-jalan dengan Hubby & Naylee. Tujuan asal Hubby nak cari highchair untuk Naylee kat Ikea. Dengan adanya highchair ni boleh la Naylee makan bersama kami. Biasanya kalau kami makan, dia main sendiri tapi kadang-kadang tu dia meragam juga, tak mahu main sendiri, terpaksa la kami makan bergilir-gilir sebab nak jaga Naylee. Kat bawah ni jenis highchair yang kami beli. Harga berpatutan, rekabentuk cantik & yang penting selamat untuk Naylee.


ANTILOP highchair yang berharga RM49
ANTILOP highchair tray RM15

Tapi bukan ni je yang Naylee dapat, Hubby belikan Naylee toy. Boleh katakan ini adalah toy pertama Naylee. Sebelum ni cuma ada soft book & teether. Kami namakan toy Naylee ni dengan paggilan Abe (A-bear). Sepamjang dalam Ikea tu, Naylee memang tak mau lepas dah Abe dia ni.

Fabler Bjorn soft toy hanya RM5.90
Key features
- Distinct contrasts and soft material stimulate the baby's senses.

Kat bawah ni antara gambar yang aku sempat snap.

Naylee tengah makan Rusk masa ni..

Abe

Naylee & Abe



pink lover

Semalam sesambil tunggu my hubby jemput balik kerja, window shopping jap kat internet. Geramnya tengok barang-barang baby girl..comel-comel..tambahan pula warna pink, warna favorite aku. Teringat Naylee tak ada kasut yang sesuai lagi..yang ada semua besar, tak ngam lagi dengan kaki dia yang kecil molek tu. Cari punya cari..berkenan lak kat 2 pasang kasut ini..dua-dua warna pink. Kalau ada size orang besar cam aku ni, mau je aku beli..hehe. Comel sangat!! Dah ibu dia ni gila colour pink..anak pun terpalit sama. Boleh tengok koleksi kasut-kasut comel macam ni kat mudah.com advertised by MyLovingLand, owner dia Kak Faridah. Aku grap 2 2 kasut kat bawah ni, size 6-12bulan, harga 2 pasang kasut termasuk postage = RM46




 
Malamnya buka FB, kebetulan MissLily Shop baru update pages dia. Banyak collection baru dress & hangbag, pallazo pun ada. Semua cantik-cantik..rambang mata dibuatnya. Tetapi dalam bebanyak tu, mata ni tak boleh nak berhenti memandang dress yang satu ni.  Tertarik sungguh dengan dress polka dot pink ni.. Kononnya nak cuba lari dari kebiasaan warna pink, nak cuba warna mustard tapi hubby cakap colour pink lagi cantik. Hubby pun cam suka, terus aku order. Kalau lambat-lambat takut terlepas ke tangan orang lain.. Barangan Misslily ni cam pisang goreng panas, cepat habis, lagi pun limited, biasanya 1 design 1 pc je. Cuma aku tak berapa pasti dengan size dia, harap-harap ok la.
Bak kata mak mertua aku, biar menyesal membeli, jangan menyesal tak beli.
Harga baju termasuk postage = RM43.


Pagi tadi aku dah mintak tolong hubby transferkan duit ke akaun Misslily & Kak Faridah (MyLovingLand). Insyallah barang-barang ni sampai esok..tak sabarnya..

Last 2 week aku ada beli tudung bawal 2 tone kat FB Cantik Hijabku Collection. Aku ni sebenarnya bawal lover, tak berapa reti nak pakai tudung ekspress & shawl. Tudung bawal yang aku beli ni brand Senorita, material dia lembut, senang dibentuk & tak panas. Warna sudah pastinya PINK. Puas hati la beli kat sini..layanan pun sangat baik. TQ Sarah. 2 helai tudung termasuk postage = RM28

pink belacan

soft pink


Tuesday, April 03, 2012

Qaseh Adinda

ihsan google


Pasti ramai yang telah mengetahui tetang produk kesihatan yang berasakan makanan sunnah ini.
Aku baru je seminggu guna produk ni..kawan sekerja aku yang rekemen. Kata dia produk ni sangat baik untuk kesihatan wanita & boleh tambah susu badan..ni yang paling aku suka dengar. 

Aku tak mengamalkan pengambilan jamu-jamuan selepas bersalin, cuma makan gamogen & vitamin masa dalam pantang dulu.. Ada beli set jamu sebenarnya, aku cuba makan selepas 2 minggu bersalin sebab Naylee ada jaundis jadi aku tangguhkan dulu nak makan jamu. Tapi baru je makan 2 biji pil terus kepala aku pening sampai 2hari. Padahal sebelum ni tak de lak pening2..terus aku stop makan jamu. Mungkin badan aku ni tak serasi dengan jamu..panas kot.

Aku rasa keputusan mengambil Qaseh ni adalah keputusan yang paling baik kot cuma rasa rugi sikit sebab lambat mencubanya. Dari segi harga, sangat berpatutan bagi aku. Kesan penggunaan, aku kongsikan nanti.

Kat bawah ni ada sedikit review berkenan Qaseh Adinda dari pembacaan aku di blog lain.

Minuman kesihatan berasaskan ramuan yang diiktiraf sebagai Makanan Sunnah seperti Kurma , Madu, Za’Faran, Habbatus Sauda’, Buah Tiin, Zaitun & Air Zam-zam. Diperkaya dengan kehebatan herba tradisi seperti Gingko & Sireh. Qaseh Adinda dirumus khas untuk golongan wanita diperkaya dengan herba khusus seperti Passiflora, Pegaga & Manjakani

Kegunaan :
Gabungan intipati Qaseh melengkapi keperluan tubuh dari hujung rambut hingga ke hujung kaki. Ia meliputi keperluan kepada system dan fungsi tubuh itu sendiri dari Darah, Saraf, Otak, Jantung dan Paru-paru, Usus, Buah Pinggang, Kulit, Rambut, Mata, Telinga, Hidung, dan Rongga Pernafasan, Rahim, Tulang & Sendi, Ibu Hamil, Organ Dalaman Lelaki.

Kebaikan :
Pemakanan tambahan yang membantu meningkatkan fungsi tubuh badan dari segi fizikal dan emosi serta membekalkan badan dengan nutrient dan zat penting. Amalan pengilangan yang menitikberatkan kesucian fizikal dan spiritual.