Wednesday, September 30, 2015

Sebuah harapan - 2 line tapi kabur

Mungkin kah..
Semoga Allah memudahkan segala
Alhamdulillah
** UPT pada 29hb Sept 2015
** 4 hari sebelum due period
** UPT murah (RM1 je) tetapi jenis ultra early 10mIU/ml
 

Wednesday, September 09, 2015

Diet jangan tak diet

Makin melampau-lampau berat badan aku naik sekarang ni
Semua orang dah tegur kemontelan aku
Tak boleh jadi, mesti diet, mesti work out
Panas dah telinga asyik dengar sindiran orang
Aku sendiri pun malu, baju semua dah rupa sarung nangka
Moga diberi kekuatan, kesabaran, istiqomah yang paling penting
Taknak hangat-hangat tahi ayam je
Janji tau..

Wednesday, September 02, 2015

Cara mengurangkan simptom Hyperthyroid

Info ini aku peroleh dari Google.com dan aku terjemahkan di Google translate..hahaha
Moga bermanfaat




Nutrisi dan makanan tambahan
 
• Menolak terus makanan yang disyaki mempunyai alahan, seperti produk tenusu (susu , keju, dan ais krim) , gandum ( gluten ) , kacang soya , jagung, pengawet, dan bahan tambahan makanan kimia. Boleh juga buat ujian darah untuk menentukan kita alah pada makanan apa.

• Makan makanan yang tinggi vitamin B dan zat besi, seperti bijirin penuh (jika tiada alahan ) , sayur-sayuran segar, dan sayur-sayuran laut.

• Jika anda mengambil ubat-ubatan hormon tiroid, berbincang dengan doktor anda sebelum mengambil produk soya . Beberapa bukti menunjukkan bahawa soya boleh mengganggu penyerapan hormon tiroid.

• Zat besi juga boleh mengganggu penyerapan ubat hormon tiroid.

• Makan makanan antioksidan, termasuk buah-buahan (seperti blueberry , ceri , dan tomato ) dan sayur-sayuran ( seperti lada benggala ) .

• Elakkan makanan yang berproses, seperti roti putih , pasta , dan gula.

• Makan daging kurang merah dan daging lebih ramping , ikan air sejuk , atau kekacang untuk protein. Hadkan pengambilan daging yang diproses seperti makanan segera.

• Gunakan minyak masak yang sihat seperti minyak zaitun atau minyak kelapa.

• Mengurangkan atau menolak terus asid lemak trans yang terdapat dalam makanan yang dipanggang secara komersial, seperti biskut, keropok, kek, kentang goreng, donat, makanan diproses, dan marjerin.

• Elakkan alkohol dan tembakau. Berbincang dengan doktor anda sebelum menggunakan kafein yang terkandung dalam produk, seperti teh dan minuman ringan.

• Bersenam, jika boleh, 30 minit setiap hari , 5 hari seminggu.

Anda boleh menangani kekurangan zat makanan dengan makanan tambahan berikut:

• A multivitamin setiap hari, yang mengandungi vitamin antioksidan A, C, E, vitamin B-kompleks, dan mineral surih seperti magnesium, kalsium, zink, dan selenium.

• Omega-3 asid lemak, seperti minyak ikan, untuk membantu mengurangkan keradangan dan meningkatkan imuniti. Omega-3 asid lemak boleh mempunyai kesan darah-penipisan. Jika anda mengambil ubat-ubatan darah-penipisan, bercakap dengan doktor anda sebelum mengambil Omega-3 asid lemak.


• Vitamin C, sebagai antioksidan dan sokongan imun.


Alpha-lipoic acid, untuk sokongan antioksidan. Berpotensi mengganggu agen kemoterapi tertentu. Alpha-lipoic acid berbahaya pada orang dengan tahap thiamine rendah, keadaan yang biasa dilihat pada penagih alkohol.


• L-carnitine, untuk mengurangkan aktiviti tiroid. Mungkin mempunyai kesan penipisan darah dan oleh itu meningkatkan anticlotting kesan ubat-ubatan tertentu, seperti warfarin (Coumadin). L-carnitine boleh meningkatkan kemungkinan serangan pada orang yang mempunyai sejarah


• Makanan tambahan probiotik ( Lactobacillus acidophilus yang mengandungi ) , 5 hingga 10 bilion unit tanah jajahan membentuk ( CFUs ) suatu hari, apabila diperlukan untuk penyelenggaraan kesihatan gastrousus dan imun. Sesetengah produk acidophilus mungkin perlu penyejukan. Baca label dengan teliti. Jika anda adalah imun terjejas, atau jika anda mengambil ubat-ubatan imun bersifat menindas , bercakap dengan doktor anda sebelum mengambil makanan tambahan probiotik .

• Jangan mengambil suplemen iodin kecuali diarahkan oleh doktor anda. Iodin hanya berkesan dalam kes-kes kekurangan iodin , yang sesuatu yang luar biasa di negara-negara maju. Dan iodin yang berlebihan boleh menyebabkan hypothyroid .


 

Perkembangan penyakit Hyperthyroid

Alhamdulillah, kesihatan aku semakin memberangsangkan
mana tak nya, dari 49kg sekarang sudah mencecah 66kg..hahaha
terlebih sihat lah pulak, habis ketat semua baju-baju aku
mujur masa kurus sekejap tu aku tak banyak membeli baju
kalau tak rugi je

Aku mula mendapatkan rawatan di UMSC pada bulan 8, 2014
masa tu aku takut-takut nak makan ubat doktor sebab aku masih menyusukan Sofea
walaupun doktor bagi ubat yang sesuai untuk menyusu dan mengandung, PTU nama ubat tu
aku cari perubatan alternative, hemopati
berat mulai naik tetapi simptom masih terasa
akhirnya aku mengalah juga, makan la ubat PTU dan bisoprolol, masa tu bulan 10, 2014
perghhh..lepas makan ubat-ubat tu, berat aku naik mendadak, seminggu sekilo
kebetulan appointment aku 2 bulan sekali, bulan 12, 2014 baru jumpa
masa ni aku makan 6biji PTU dan sebiji bisoprolol
keputusan darah amat mengejutkan, paras hormone tiroid aku drop
jadi hypothyroid  sudah
patut lah badan aku rasa seram sejuk, berat badan naik mencanak-canak, senang cramp
pakai baju pun aku boleh tergeliat, nak garu belakang badan apatah lagi
jumpa doktor semula, doktor kurangkan dos ubat kepada 4biji PTU, bisoprolol tidak perlu lagi

Selepas dari itu, doktor kekalkam dos 4biji
Masuk bulan 2, 2015, paras hormon tiroid aku benar-benar stabil
tetapi masalah lain pula timbul
aku mengadu dengan doktor, perut aku cramp, rambut gugur teruk, sakit kepala
terus doktor arahkan aku buat ujian darah, sampai 4 tiub dia amik

Bulan 3, 2015, jumpa semula doktor tengok keputusan darah
rupanya paras hormon cortisol aku pulak drop
doktor tambah ubat hydrocortisone (sejenis steroid) untuk bantu naikkan hormon cortisol pulak
sudah terang-terang steroid, mana mau aku makan
ubat tiroid juga aku kurangkan sendiri tanpa pengetahuan doctor
sehingga masuk bulan 5, aku langsung tak ambil ubat tiroid lagi
(DILARANG KERAS UNTUK BERHENTI MAKAN UBAT TANPA ARAHAN DOKTOR)

Bulan 5, 2015, Alhamdulillah hormon cortisol aku dalam paras normal
doktor kata tak perlu lagi makan hydrocortisol lagi
kalau lah doktor tau aku tak makan pun ubat yang dia bagi..hihi
badan aku mungkin sudah bercelaru kot
sekejap okey, sekejap tak okey
hormon tiroid tinggi sedikit mungkin sebab aku berhenti makan ubat


Bulan 8, 2015,
Keputusan darah menunjukkan paras FT4 dan FT3 aku stabil
hormon TSH agak rendah di bawah skala
Doktor kata keputusan agak bagus, dia kekalkan 4 biji ubta tiroid
walaupun tak makan ubat, hormon aku agak stabil, itu sudah cukup mengembirakan
aku cuba mengawal diet aku sendiri, kurangkan makan seafood,
soya aku tak sentuh kecuali kicap dan tempe (sebab jenis fermented food dibolehkan)

Boleh kata sebenarnya aku eksperimen kebolehan badan aku untuk sembuh sendiri
bahaya dan mencari nahas namanya
tapi aku tak suka nak makan ubat sebab kesan-kesan sampingannya
aku jadi sangat sensitif, cepat marah, berat badan tak usah cerita la
sudah macam tong dram
Jangan tiru tau..dengar nasihat doctor

Okey, bye.........