Tuesday, August 11, 2015

Hadiah kesabaran - ekzema reda

Kita diduga dengan pelbagai cara, dan kunci kepada kejayaan ialah kesabaran
Alhamdulillah, selepas setahun lebih bertarung dengan eczema Sofea
Allah memakbulkan doa kami, memberkati usaha kami selama ini
syukur..syukur kepada Mu ya Allah
tiada lagi menggaru, tiada lagi darah dan air bisa yang hanyir, tiada lagi kudis
 
Sekarang Sofea budak yang paling aktif dan paling ceria
masih menyusu ibu sepenuhnya
kami juga masih memantau makanan yang diambil
aku pula mula mencuba sedikit demi sedikit makanan yang aku pantang untuk melihat samada Sofea masih alah atau tidak, Sofea juga turut mencuba makanan itu sendiri
Alhamdulillah, alahan Sofea pada telur dan makanan laut sudah tiada
tetapi itu tidak bermakna boleh makanan sesuka hati
bersederhanakan lebih baik

Selama tempoh itu, kami hanya mendapatkan rawatan hemopati dan menggunakan krim pelembap dari sumber semulajadi dan bebas dari bahan kimia yang merbahaya
Sabun basuh baju dan mandian juga kami memilih yang selamat
memang tidak menafikan kos sepanjang tempoh itu agak memakan belanja yang besar
tetapi semuanya perlu demi kebaikan Sofea

Pada mereka yang masih bertarung dengan eczema, teruskan usaha anda
paling penting tingkatkan sistem imun badan dan menjaga pemakanan
eczema bukanlah penyakit kulit, sebaliknya penyakit berkaitan dengan sistem imun yang lemah
penggunaan steroid hanya memberi kelegaan sementara, dan boleh menyebabkan banyak kesan buruk terhadap kesihatan.