Wednesday, January 29, 2014

Pesanan ringkas untuk ibu-ibu menyusu

 
Sesibuk mana pun kita jangan lupa rutin pengepam susu ya ibu-ibu.
 
** p/s : menyesal datang kerja hari ini. Orang bersenang-lenang di rumah, aku pulak sibuk datang kerja. 
 
 

8 kg yang hilang

Lama dah tak post sebarang entry..
Naylee kini masuk 2 tahun 4 bulan, Sofea 5 bulan
aku juga telah berjaya menyusui Sofea sehingga kini
tinggal lagi 2 minggu untuk melengkapkan penyusuan ekslusif 6 bulan
tapi target bukan sampai itu saja, seboleh-bolehnya hingga 2 tahun
semoga Allah kabulkan

Jom layan gambar jap

permata hati sulong saya yang maca-macam ragam

buah hati kedua saya

mereka lah menawar hati saya
 
Berbalik kepada tajuk di entry 8kg yang hilang
selepas bersalinkan Sofea, bukan sahaja berat mengandung hilang
berat asal pun semakin kecil angkanya
sebelum pregnant berat 64kg
berat pregnant mencecah 72kg
habis pantang berat aku turun ke 61kg
tau-tau berat aku sekarang 56KG
berat yang aku idam-idamkan selama ini
 
Ramai yang tegur macam mana boleh kurus
aku sendiri pun tak tahu
mungkin penat sebab dah beranak 2
mungkin jugak terlalu risau penyakit eczema Sofea
dan mungkin jugak aku susukan Sofea
yang paling kelakar doktor suspect aku ada kencing manis
nak tak nak aku buat ujian darah..NORMAL
kadang terfikir gak masa gemuk nak kurus
bila dah kurus risau lak penyakit
apa yang penting bersyukur lah dengan apa yang kita ada sekarang
 
 

aku yang makin slim...hikhik..