Thursday, November 06, 2014

Preloved baju Nursing

Salam,
Kita nak let go baju-baju nursing kita
Since baby pun dah tak berapa baby
dia pun malu nak menyusu in public
jadi dah kurang memakai baju-baju ini
nampak baru-baru lagi tau
sesiapa yang berminat boleh hubungi kita ye
harga belum termasuk postage
hp no : 013-2476465 (whatsApp sahaja)
 
Aqeela, size M
RM10.00
 Cotton t-shirt
SOLD
 
Aqeela, size M
RM10
 Cotton t-shirt
SOLD
 
Airecca Collection, size L
RM10
Cotton
 
Airecca Collection, size XL
(tak pernah pakai)
RM10
 
Aqeela, size M
Fishtail blouse
RM10
SOLD
 
Aqeela, size S
(tak pernah pakai, ada tag baju lagi tau)
RM10
SOLD
 
Semua kita letting go dengan harga murah-murah
kalau berkenan, contact la kita ye 
kot-kot dekat nak COD pun boleh

Wednesday, November 05, 2014

De rhu beach resort (25.10.2014 - 26.10.2014)

Ini pula gambar masa family day office hubby di Pantai Baluk, Terengganu
De Rhu Beach Resort
Tema makan malam tahun ini
Istana PSPG
Rasa macam bersanding semula..hihi
Sanggup tau kitorg sewa baju songket dengan mak andam
Layan.... 
 
 
 

 
 
 
 
 
 
 

Melaka - Pengkalan Balak (11.10.2014 - 12.10.2014)

 
Salam semua,
Lambat nak updated family day office maintenance
boleh dikatakan acara wajib mengunjungi tempat ini
acara seperti ini pastinya dapat merapatkan hubungan sesama keluarga ahli keluarga
BEST !!
 
Chalet Seraya Inn yang ohsem, murah pun murah


aktiviti petang - sukaneka


zoo melaka


 
 



Sunday, October 12, 2014

Everybody had turned to...

Salam
Wah lamanya tidak berceloteh di sini
Sibuk sibuk sibuk, hehehe..
Macam YB pula
 
 
Okey,
We start with me & husband,
Our marriage turn to 4 years on 10 Oktober
Alhamdulillah.. Moga Allah merahmati kami
Sambut simple je
Konon-konon masak western
Asal ada rupa lah bedah
Janji cook with love..hihi
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
Naylee?
Turn 3 on 4th sept..
Wahhhh..sudah besar anak ibu
Makin cantik, makin bijak
Toilet training done..huhu
Yang penting, banyak akal
Pengsan !!
 

       
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
Sofea pula
Turn 1 on 10th August
Sudah berjalan, gigi 4 batang
Confirm lah gigit ibu
Still fully breastfeed, Alhamdulillah
Ekzema on and off, under control
Makin comel dan ligat..huhu
 


pipi pakai blusher lagi..hihi

 
Bagaimana, rumusan yang aku buat?
Ringkas lagi padat kan..hihi
Nanti kita cerita lagi ye
Byeeeeeee

Bila Allah menyapa hamba-Nya

Tajuk entry buat gempak sahaja
memang gempak pun
menyapa bagaimana itu
dengan ujian, semestinya
Allah menguji hamba-Nya
dengan pelbagai cara, dari anak, rezeki, kesihatan dan berbagai lagi
tujuan? pasti mengigatkan kita yang alpa
dan semestinya ujian itu diberi sesuai dengan kemampuan kita
dan itu juga tanda Allah sayangkan kita

Kenapa tetiba pula aku bercerita tentang itu
semuanya berlaku rentetan penurunan berat badan aku yang menakubkan
actually bukan berat badan sahaja yang turun
macam-macam simptom yang aku alami
- berdebar
- panas dan kuat berpeluh
- terlalu lawas
- sakit kepala
- kulit menjadi kering dan gatal
- rambut gugut
- sakit sendi
- menggigil

aku baru perasan semua ini bila mana aku tidak mampu berpuasa
badan menjadi gigil
aku mengambil keputusan untuk mengulang ujian darah tetapi khas untuk
penyakit ini
akhirnya ujian yang ditunggu sudah keluar
memang sah aku pengidap sakit itu
dan ia juga merupakan penyakit keturunan
apa tu

'HYPERTHYROID'

penyakit ini melibatkan kelenjar tairod yang berfungsi mengawal hormon sebahagian fungsi badan
penyakit ini menyebabkan  kelenjar tairod aku mengeluarkan lebihan hormon
antara yang terganggu adalah jantung, kulit, tulang, rambut & metabolisma
ini yang aku tahu, kalau ada yang lain mohon tambahkan
that why aku makan sudah sampai tahap orang kata macam 'membela'
badan aku tidak membesar pun, bahkan menurun lagi ada
dari 64kg jadi 49kg
memang mengerikan, dan juga orang cengkung sampai mata tersembul
mohon dijauhkan

Setelah mendapat bantuan pakar perubatan
Alhamdulillah berat badan aku makin meningkat
sekarang berat sudah naik ke 53kg
simptom-simptom semakin berkurang
cuma aku perlu consistant makan ubat
aku sangat positif untuk sembuh
since mak aku juga adalah bekas pesakit hyperthyroid
apa yang perlu, kena bersedialah badan akan mengembang
bagai dipam-pam..huhu
sekurang-kurangnya 2 tahun untuk aku mendapatkan rawatan

Dan ini adalah ujian-Nya buat aku
mengingatkan aku tentang mati
bila-bila masa pun kita boleh mati kan
mungkin juga ini adalah cara Allah untuk menghapuskan dosa-dosa kecil aku
siapa yang tahu
kadang-kadang kita terlupa pada-Nya
dengan cara ini kita akan kembali bersujud dengan serendah-rendahnya hati
Moga Allah memberi kekuatan dan kesabaran buatku
memberi kesembuhan padaku
amin amin

Thursday, July 17, 2014

Segala pujian buat Nya

telah lama meninggalkan blog ini sepi
masa pergi begitu pantas
si kecil ku Sofea hampir menginjak usia setahun
Alhamdullilah kini Sofea boleh dikatakan pulih dari ekzema
kupanjat kesyukuran pada yang Maha Esa
atas segala kurniaan Nya

Thursday, February 06, 2014

cerita tentang ekzema lagi

Berat mata yang memandang berat lagi bahu yang memikul
kadang air mata ini terlalu murah bila mengenangkan ekzema Sofea
kadang elok, kadang tidak
yang paling tak tahan bila melihat pipi Sofea berdarah
gara-gara Sofea menggaru
bermacam ubat yang aku dah cuba
mungkin belum jumpa lagi ubat yang sesuai
mungkin juga Allah masih mahu menguji aku lagi
 
bulan 12 tahun lalu, perkembangan yang sangat memberangsangkan, hingga langsung tak terlihat parut ekzema
 
 
hari jumaat lepas, 31.01.2014, nampak sangat merah dan kering
 
 
hari isnin baru ni, 03.02.2014, beransur pulih
 
 
ibu berdoa agar Sofea akan pulih sepenuhnya
 
IBU SAYANG SOFEA
 
 
 

Wednesday, January 29, 2014

Pesanan ringkas untuk ibu-ibu menyusu

 
Sesibuk mana pun kita jangan lupa rutin pengepam susu ya ibu-ibu.
 
** p/s : menyesal datang kerja hari ini. Orang bersenang-lenang di rumah, aku pulak sibuk datang kerja. 
 
 

8 kg yang hilang

Lama dah tak post sebarang entry..
Naylee kini masuk 2 tahun 4 bulan, Sofea 5 bulan
aku juga telah berjaya menyusui Sofea sehingga kini
tinggal lagi 2 minggu untuk melengkapkan penyusuan ekslusif 6 bulan
tapi target bukan sampai itu saja, seboleh-bolehnya hingga 2 tahun
semoga Allah kabulkan

Jom layan gambar jap

permata hati sulong saya yang maca-macam ragam

buah hati kedua saya

mereka lah menawar hati saya
 
Berbalik kepada tajuk di entry 8kg yang hilang
selepas bersalinkan Sofea, bukan sahaja berat mengandung hilang
berat asal pun semakin kecil angkanya
sebelum pregnant berat 64kg
berat pregnant mencecah 72kg
habis pantang berat aku turun ke 61kg
tau-tau berat aku sekarang 56KG
berat yang aku idam-idamkan selama ini
 
Ramai yang tegur macam mana boleh kurus
aku sendiri pun tak tahu
mungkin penat sebab dah beranak 2
mungkin jugak terlalu risau penyakit eczema Sofea
dan mungkin jugak aku susukan Sofea
yang paling kelakar doktor suspect aku ada kencing manis
nak tak nak aku buat ujian darah..NORMAL
kadang terfikir gak masa gemuk nak kurus
bila dah kurus risau lak penyakit
apa yang penting bersyukur lah dengan apa yang kita ada sekarang
 
 

aku yang makin slim...hikhik..