Tuesday, April 30, 2013

LOST WORLD OF TAMBUN

Last weekend, pergi melawat baby Ijam & Tini di Ipoh, Syed Iman Harras..sedap nama baby
Kami bermalam di rumah mereka..rasa tak puas peluk cium baby Harras
wangi betul bau baby..kata orang bau baby baru lahir ni bau syurga..betul ke
tak sambar nak tunggu baby sendiri keluar..
Naylee jealous sungguh..pantang la aku pegang baby Harras..mesti dia nak duduk atas riba aku juga
macam mana la kalau baby dah keluar nanti kan..Naylee kena sayang adik tau

Alang-alang dah ke Ipoh, kami ambil kesempatan bawa Naylee bermain air di Lost World of Tambun
tiket aku beli online kat website Lost World..ada diskaun..jimat sikit
harga biasa untuk dewasa RM45, kalau beli online dapat harga RM38.25 seorang
boleh tahan juga Lost World of Tambun ni
bukan je ada waterpark..ada petting zoo, tiger valley, tin valley & permainan lain
berbaloi kot dengan harga yang dibayar..
cuma makanan kat dalam agak mahal..makanan luar standard lah tak boleh bawa masuk











 
 
Sorry lah gambar tunggang terbalik..lupa nak rotate..
gambar dekat water park tak ambil langsung, takut camera masuk air pulak
almaklumlah camera aku tak berapa nak canggih
so far semua ok la..puas hati
lagi-lagi bila tengok Naylee happy
apalah lagi yang menyenangkan hati ibu ayah selain melihat anak gembira
cewah ayat tak boleh blah
 
BYE..

Friday, April 19, 2013

shopping itu terapi

Memang betul kata orang shopping ini adalah terapi untuk semua perempuan
bila stress, penat, tension, sedih..dapat je shopping hilang semua gundah gulana
lagi-lagi bila dapat shopping barang budak
since dah tahu gender baby dalam perut yang semakin memboyot ini
rasa tak tertahan-tahan hati ni nak membeli-belah
tambah-tambah tengok blog & fb yang jual barangan baby yang comel-comel
antara barang-barang yang selamat dibeli online sepanjang tempoh 22 minggu pregnant

 fisher price portable rocker yang super murah berbanding jusco
dapat RM165.00 cod
 
tak sabar punya pasal..baby pun belum kuar..minta hubby pasangkan
nampaknya bukan ibu je yang excited, Naylee pun sama tolong rasmikan rocker baru adik
puaskan hati ibu & Naylee pastu kita simpan baik-baik..takut buruk sebelum masanya
 
 
semalam baru je terima parcel dari FB Lovelykids Wardrobe
sangat happy shopping di sini..barang dia murah berbanding tempat lain
masukkan je dalam kereta bagaikan singa yang lapar *teruk betul*
aku membuka bungkusan ini..punyalah excited nak tengok kandungan dia
ini lah dia yang aku beli
 
rompers carter's 5 in 1 short sleeve RM28.00 je, selalu tengok range harga RM35-RM45
Lamaze Inchworm RM16..paling murah dalam pasaran kot..biasa tengok RM20++
seluar Jeans Guess untuk Naylee RM33.00
CK sleepsuit yang sangat comel RM44.00
 
Kalau tengok fb tu rasa nak beli semua..comel-comel belaka
tahankan nafsu membeli sebab panjang lagi masa sebelum bersalin
bulan-bulan lain nak membeli jugak kan
hari ini repeat order lagi dengan FB Lovelykids Wardrobe tapi bukan untuk baby aku
nak buat hadiah untuk newborn baby kawan baik hubby
4 tahun dah diorang kahwin, baru dikurniakan anak
besar dugaan mereka..bila tahu isteri dia pregnant kami sama-sama rasa sangat excited dengan kelahiran baby ini
Insyaallah kami akan pergi melawat mereka next week..tak sabar nak peluk cium baby
 
 


budak 1 tahun 7 bulan

bakal menjadi kakak Ogos ini


Asyik bercerita tentang kandungan sekarang..hingga tak update perkembangan anak ibu yang seorang ini..
gambar ini masa Naylee temankan ibu pergi check up..kemain bergaya lagi dia sekarang
rambut pun semakin kembang seperti penyanyi lagu Awan Nano
kuat makan tapi berat susah nak naik..pada usia sekarang baru 9kg
sedangkan lahir dengan berat 3.51kg, sikit je naik..
kemain lagi doktor mengata ibu tak beri makan kat anak..
awak bagi gula je ke anak awak ni makan 
agak-agaklah doktor..takkan aku tak bagi anak aku makanan berkhasiat
ikut baka lah doktor..belah ayah dia memang kecil molek
kalau ikut belah aku mungkinlah bagak-bagak
tapi nampaknya Naylee lebih ngikut keturunan belah hubby
sekarang dah pandai nak menulis..tapi cakap tak berapa pandai
tak de kawan kot..jadi mungkin lambat skit perkembangan pertuturan dia
kesian dia..tunggu adik keluar ye sayang..nanti ada kawan & bolehlah main sama-sama


sayang kamu Khaireena Naylee

Thursday, April 11, 2013

21 minggu


I'm expecting girl again.. Alhamdulillah..baby sihat & sempurna
Sebenarnya pergi PMC nak check follow up masalah keputihan..
doktor buat scan sekali sebab mak pak baby ni excited nak tahu gender baby
tak sangka doktor siap buat 3d scan
macam muka akak Naylee lah awak..
KHAIREENA SOFEA
buah hati pengerang jantung ibu & ayah yang ke-2

Wednesday, April 10, 2013

20 minggu sudah berlalu

Last check up untuk 20 minggu, berat naik bagaikan juara 2kg menjadikan berat terkini 68kg..OMG
hampir mengalami mimpi ngeri dicabul oleh speculum besi kerana ada discharge berlebihan
doktor tak jadi masukkan sebab dah nampak discharge tu, docktor cuma masukkan ubat kat miss.v
syukur Alhamdullilah..takut sangat..tak penah ada pengalaman
rasanya masa check pap smear doktor pakai macam corong plastic je..tak sakit sangat
baca pengalaman orang yang kena dengan 'mulut itik' tu..semua kata sakit
seriau aku dibuatnya..
baby sekali lagi main cak-cak dengan ibu..taknak tunjuk pun dia punya tut
kemain kepit lagi peha..sampai hati
hubby ajak g pmc je scan..kat sana scan dia lagi terang & jelas berbanding kat klinik perdana
tengah fikir-fikir nak pergi minggu bila..nak buat 3d sekali
yang tak best setiap kali scan mesti doktor ni print gambar kepala baby je
yang penting kepala baby kata doktor..alahai doktor
doktor tengok & ukur dah la..saya nak tengok fizikal baby saya dalam kertas tu
nak tepek dalam blog ni pun tak semangat..gambar bulat je
tak pelah..janji anak ibu sihat udah lah..