Monday, November 11, 2013

Tuesday, November 05, 2013

Bila ekzema menyerang

pipi sofea yang ada ekzema
 
Sikap ambil mudah aku memakan diri sofea
Aku ingat ruam dimuka sofea hanya ruam biasa
Makin hari makin menjadi-jadi
Asal kena kat pipi kanan je, la ni dah naik kat pipi kiri
Kebetulan pergi klinik minta doktor ubat untuk pipi sofea
Doctor bagi cream AQ dan ubat minum
Aku sapu cream tu je, nak bagi ubat minum tak berani lak
Lepas letak cream tu 2x nampak macam tak membantu pun, bahkan menjadi teruk lak
Terus aku pergi bawa sofea jumpa pakar paed
Doktor sahkan ruam tu ekzema
Dia bagi cream Atopiclair dan sample mandian dan moisturizer cetaphil
Lepas seminggu kalau tak baik, datang balik, doktor akan bagi cream steroid
Takut lak aku dengar
2hari aku pakaikan sofea cream doktor bagi still tak okey
 
sofea & moogoo
 
Aku terbaca dalam group KIM, ada kawan2 yang sarankan guna Moogoo
Semua kandungan Moogoo adalah daripada bahan-bahan semulajadi
Sampai tahap kalau termakan pun tak apa
Tapi harga boleh tahan mahalnya
Kerana nakkan sofea baik, sanggup aku berhabis
Harap-harap baiklah..

fight eczema 

Monday, October 28, 2013

Review : Breastflow mipump double 1st year

 
Sekarang dah banyak jual dual breastpump yang mampu milik macam rumble tuff, eve love heavenly, autumnz & mipump 1st year
aku pilih untuk beli mipump 1st year sebab ini yang termurah
sebab apa murah, aku kirim dengan bos aku beli kat USA
harga RM270 sahaja, kalau kat Malaysia boleh dapat harga RM370-RM450
 
Kelebihan pum ini ;
1. ringan, motor dia selebar tapak tangan sahaja
2. suction lembut, ada 8 level suction
3. part tak banyak, senang cuci
4. boleh pakai bateri & elektrik
5. pegang satu tangan je pun boleh sebab ada handle
6. bunyi tak berapa kuat, macam bunyi vibrate
7. dapat bag untuk simpan pam
 
Kekurangan ;
1. sparepart susah nak cari..setakat ni yang tahu growing-kidz, tak semua kedai ada. Tapi harga sparepart dia murah tau, serendah RM10. Boleh dikira kelebihan jugak ni.
2. botol kena guna brand 1st year sahaja..
 
Tambah satu lagi kekurangan pada aku sebab waranty USA..jadi kalau rosak pandai-pandai la sendiri
 
 
Setakat ini aku berpuas hatilah dengan performance pum ni cuma aku masih kekok pakai pum lektrik,
dah terbiasa pakai pum manual..rasa lagi cepat..Medela Harmony dihatiku.
 
 
UPDATE
 
Dah jadi pam kesayangan setelah 2 bulan menggunakan
Really recommended pada mommy2 luar sana
Pam ni antara kegemaraan ibu-ibu kat KIM tau



Monday, October 14, 2013

Aqiqah Sofea

Alhamdulillah majlis aqiqah Sofea tempoh hari berjalan lancar
Cuma sedih sangat sebab tak ambil gambar pun
Benda paling penting boleh lupa...hurmm
Ada 1 je yang aku sempat ambil masa siap-siapkan Sofea
Jadilah ye..daripada tak de langsung

Ceritera susu ibu

Aku telah berjaya susukan Naylee exclusively hingga 8 bulan
Untuk Sofea, aku akan cuba untuk sampaikan hingga 2 tahun..Insyaallah
 
stok susu..murah rezeki Sofea. Actually susu aku tak de la sebanyak orang lain, sekali pum dapatlah 4oz..tapi Alhamdulillah dapat simpan sikit2

Gadget baru..sangat best, recommended pada mommy2 yang ingin double breastpump pada harga kurang RM400

Ruang mengepam yang selesa..terima kasih pada company yang memahami keperluan ibu menyusu macam aku ni

Friday, October 04, 2013

Persediaan Aqiqah si kecil Sofea

Cerita sikit pasal aqiqah Sofea yang akan berlangsung esok
Last week kami dah pergi tengok kambing di Golden Goat Farm
Dekat Kampung Setia Kuang je..taklah jauh sangat dari rumah kami
Pastilah pilih kambing yang terbaik tanda kesyukuran kami kepada Allah
Kami pilih jenis kambing feral, baka Australia
Mula harga yang diberi RM800..mintak diskaun sikit, dapat harga RM750
Owner farm ni Che Mat, orangnya baik dan senang nak bincang dengan dia
Pagi ni kami ke sana untuk melihat acara penyembelihan
Petang kami hantar kambing yang dah siap diproses kepada caterer untuk masak

Untuk katering aku ambil orang kat Bandar Baru Sg. Buloh
Haji Razali ni memang menguruskan katering untuk pelbagai majlis
Setelah dipersetujui, harga untuk 1 kepala adalah RM7.00 sahaja
Menu yang akan disajikan ialah nasi briani, nasi putih, kambing kuzi, dalca, ayam goreng berempah, jelatah
Lain-lain seperti papedom, buah-buahan, air mata kucing dan teh
Ok la kot dengan harga yang diberi

Cerita pasal door gift lak, aku pilih small cake in box
Yang ni aku tempah kat fb bittersweet treats
Harga untuk 1 box ialah RM3.50
Lagi banyak order lagi banyak diskaun
PM for best price katanya..
Aku pilih red valvet with cream cheese, chocolate cheese dan pavlova

Satu lagi jangan dilupa..kanopi
Semua dah ada, tempat makan dan berteduh lak tak ada nanti
Kanopi aku ambil dengan pakcik kawan aku je
Wak halim ni memang business kanopi kat area Paya Jaras
Jauh sikit dia nak ke Kundang so charge untuk kanopi RM180 sebuah
Aku tak amik scallops bagai..jimat sikit

Tak sabarnya nak tunggu hari esok
Nak pakai baju apa ye?
Ok la..nak pergi pilih baju jap
Chow chin chaw

Thursday, October 03, 2013

Baju nursing - Aqeela

Selepas habis pantang ni mestilah nak keluar berjalan
Dengan bentuk badan yang masih menggelebir ni..almaklumlah bersalin anak kedua, lambat sikit nk kembali ke asal
Walaupun berat dah turun tapi bentuk badan tu dah berubah
Kata orang alignment dah lari..
Rasa malu lak nak sarung baju-baju lama
Jujurnya aku suka baju yang fit dengan body..
Tak sedar lak tu badan dah cam anak badak, nak pulak pakai baju fit
Tapi selepas bersalinkan Sofea ni dapat kesedaran sikit
Anak dah dua, rasa cam tak sesuai lak
So bermula la misi mencari baju baru
Masa ber'facebook' terjumpa page yang menjual pakaian muslimah
Pakaiannya agak longgar dan mempunyai corak dan pattern yang menarik
Bukan itu sahaja malah sesuai untuk ibu yang breastfeed seperti aku
Sedang elok lah tu..
Sekarang aku dah memiliki 4 helai baju muslimah Aqeela
Dah pakai pun, Alhamdulillah memang selesa dan memudahkan aku nak breastfeed Sofea
Insyaallah ada rezeki dan ada design terbaru dari Aqeela, nak tambah lagi
Ramai yang menjual baju muslimah aqeela ni
Antaranya fb butik muslimah online dan fb najah mom shop.
 

Wednesday, October 02, 2013

Pantang

Berakhir sudah tempoh pantang yang tak berapa nak pantang
Pantang kali ini sangat berbeza dengan pantang masa anak pertama dulu
Terima kasih pada shaklee set pantang yang sangat membantu
Highly recommended pada sesiapa yang mencari rawatan dalaman selain jamu

Badan tak lesu..bertenaga sahaja walaupun berjaga malam
Luka pun cepat baik, seperti yang aku cerita sebelum ni jahitan aku sangat banyak
Walaupun banyak, Alhamdulillah cepat sembuh

Itu jela kot nak cerita..
2minggu aku pantang di Segamat, 2minggu di rumah mak
Dan selebihnya aku habiskan di rumah sendiri je

Pengalaman bersalin anak ke-2

Alhamdulillah selamat bersalin masuk minggu ke-38, awal 10 hari dari due date
08.09.2013, khamis (raya pertama)
Tiada tanda2 nak bersalin. Aku pulun makan rendang ketupat macam tak ada hari esok..risau kot terberanak sebelum sempat makan semua tu
Tengah hari kami sekeluarga keluar menziarahi keluarga ayah long di Labis dan terus balik kampung ayah mertua di Batu Pahat
Malam tu jugak kami balik Segamat semula, tak bermalam ni Batu Pahat
Alasannya takut aku tetiba nak beranak
Sampai Segamat nak dekat pukul 12 malam, penatnya..
09.09.2013, Jumaat (raya ke2)
Pukul 3pagi aku terjaga sebab sakit perut
Ingat nak sambung tidur balik tapi tak boleh lak
Aku fikir mungkin aku sakit perut nak membuang kot
Nak tak nak aku kena pergi toilet, memang betul nak membuang
Aku fikir boleh la sambung tidur balik tapi perut ni masih sakit..
Sah la ni contraction nak bersalin cuma selang masa masih jauh lagi
Oleh kerana terlalu mengantuk aku cuba gak lelap
Setiap kali sakit aku mengerang kecil, mata tak buka, betul mengantuk dan penat
Pukul 7pagi aku bangun ke toilet tengok ada bloody show
Memang nak kena pergi hospital la jawabnya
Kejut hubby, bagitau mak ayah mertua dan aku terus mandi dan bersiap
Sempat lagi bersarapan, dalam pukul 10.30pagi kami gerak ke hospital segamat
Sesampai je terus cek ve dan masuk ubat lawas..dah buka 3cm
Cek ctg 2x sebab yang pertama carta jantung baby tak cantik, yang kedua dah okey
Terus kena duduk wad tapi doctor cakap kalau sampai esok tak bersalin, boleh balik rumah
Menjelang pukul 9malam contraction makin kuat tapi aku masih lagi boleh berjalan
Alhamdulillah rezeki dapat duduk bilik seorang, boleh la hubby teman
10.08.2013, Sabtu (raya ke3)
Pukul 2.30pagi rasa tak tertahan lagi sakitnya
Aku mintak nurse cek ve, tengok dah 5-6cm
Pukul 3.30pagi tolak masuk labour room
Aku mintak ubat tahan sakit, dapat la injection kat punggung
Lega sikit tapi bila contraction aku masih sakit, cuma aku dapat lelap selang masa setiap contraction tu
Pukul 6.20pagi doktor pecahkan air ketuban, masa ni dah buka 8cm
Lepas tu baru rasa gesaan nak bersalin, kalau tak sakit je
Pukul 6.55pagi aku dah rasa nak push sangat
Tak sempat hubby masuk, baby dah selamat keluar pukul 7.06pagi
Aku alami koyakkan yang besar sebab masa push tu aku terangkat bontot
Menjawablah aku masa nak jahit tu
Kemain lama lagi, dekat kul 7.35pagi baru siap semua
Doktor cakap koyak sampai bontot, kalah anak pertama koyaknya
Sebelum keluar labour room, nurse cek balik jahitan
Boleh pulak ada part yang tak berjahit
Terpaksa aku menanggung sakit kena jahit lagi sekali..
Hanya Allah yang tahu sakitnya
Serik aku sekejap
Apa pun semua dah selamat
Tambah anak lagi? Tunggu la 4 5 tahun lagi.
Masih tak serik rupanya

Saturday, August 10, 2013

Hari yang dinanti

Alhamdulillah..selamat melahirkan puteri ke-2
Khaireena Sofeeya binti Khairunnazlee
7.06pg, 10.08.2013
3.3kg, bersalin secara normal
Hospital Besar Segamat

Monday, August 05, 2013

Menghitung hari

Hari ini masuk 38 minggu..tinggal 2minggu je lagi
Braxton Hicks semakin kerap, belum ada tanda-tanda lain
Kaki pun tak bengkak..lambat lagi kot nak bersalin
Tak sabarnya nak tunggu baby
Alhamdulillah aku masih dapat berpuasa
Tinggal 2 hari je lagi nak puasa
Harap dapat puasa penuh

Mood raya ke laut sebab baju yang dibeli online tak seperti yang dalam gambar
Kali pertama gagal dalam pembelian online..
Udah la kali pertama aku mengeluarkan budget yg besar untuk 1 baju raya
Kecewa nya..baik aku beli kat thepoplook je
Kualiti okey..murah pun murah
Nak beli yang lain tak de lah..pakai je la apa yang ada
Sabar je la..

Apa pun yang penting nak makan juadah raya puas-puas..
Pantang nanti dah tak leh nak makan macam-macam
Doakan keselamatan aku dan anak yang bakal aku lahirkan ya..

Sunday, July 14, 2013

baju raya oh baju raya

Misi mencari baju raya bermula..
boleh dikatakan agak terhad baju raya untuk orang pregnant
lagi-lagi yang menunggu hari je macam aku ni
silap haribulan tak sempat pakai pun baju raya, dah bersalin
tapi semangat untuk beraya tetap ada
masa aku mengandungkan Naylee pun tengah menunggu hari juga
raya ke-6 Naylee lahir, awal seminggu dari due date
sempatlah aku nak makan rendang ketupat semua
harap-harap kali ni sempat juga lah

Ni antara baju-baju yang aku tengok-tengok & rasa sesuai
tapi nak tunggu thepoplook update lagi
mana tahu ada yang lagi cantik
ada 3 minggu lagi sebelum raya


dress di KZnabihah, RM140

dress dari thepoplook, RM69.00
 

dress dari muslimah anggun, RM169

Ada idea tak mana nak cari baju raya untuk orang pregnant macam aku ni..

Monday, July 01, 2013

isyarat palsu - braxton hicks

Gara-gara braxton hicks dikala usia kandungan 32 minggu
aku dihadiahkan dengan percutian 1 malam di hospital Sg Buloh
cerita agak bosan sebab tak ada gambar
pagi sabtu yang lepas lebih kurang pukul 11 pagi aku dah mula rasa perut mengeras
biasalah mengeras pada usia kandungan sekarang
cuma bezanya..selang 3 minit skali sakit
udah lah tu..sampai pukul 2 masih berterusan sakit

duk risau baby kat dalam apalah cerita, terus aku pergi klinik tempat aku check up
doktor terus buat surat rujuk hospital untuk buat ctg
sampai kat hospital mujurlah tak ramai orang, cepat je lah urusan
buat ctg..rasa perut mengeras tapi graf contraction tak de lah tinggi mane
tapi 3 minit skali perut mengeras
pastu buat ve..mujur tak ada bukaan
suspect premature contraction sebab ada keputihan
rupanya keputihan ni boleh buat kita contraction tau
so terpaksa lah aku hadap 'mulut itik' sebab doktor nak amik sample keputihan

disebabkan ada contraction terpaksalah aku menginap semalam di wad bersalin
pukul 5 petang nurse datang bagi injection matangkan paru-paru baby
sebagai langkah berjaga-jaga takut aku terberanak pulak
punyalah sakit ubat tu..rasa nak berguling je..dalam 10 minit baru reda
tapi nurse cakap kalu tak bersalin dia akan bagi lagi 1 dos selepas 12 jam
sah-sah la aku takkan beranak malam ni sebab contraction dah mula reda lepas dapat injection tahan sakit
so aku dinasihatkan berehat je la kat atas katil
memang tak boleh bangun..bangun je rasa pening..kuat betul penangan ubat tahan sakit ni

Dalam pukul 5 pagi nurse kejut nak bagi dos terakhir matangkan paru-paru baby
terpaksalah hadap kesakitan injection tu
since contraction pun dah tak berapa nak ada, doktor benarkan aku balik dalam pukul 9 pagi
tak pasal-pasal je kan..terpaksa tidur hospital, menahan sakit injection disebabkan contraction palsu ni
tapi demi memastikan kandungan aku berada dalam keadaan yang baik, aku redha je lah





Wednesday, June 19, 2013

The 1st years breastflow mipump double

New gadget for breastfeeding
Tak sabar nak tunggu sampai ke tangan
Aku kirim dgn kawan yang pergi us

cuba untuk ber'cloth diapers

since nak masuk anak dua ni kena lah membuat perancangan kewangan dengan lebih baik
aku dah lama terfikir untuk menggunakan cloth diapers, sebelum Naylee lahir lagi
tapi dok fikir tahap 'kerajinan' aku ni membuatkan hasrat terbantut di tengah jalan
kali ini aku tekad, demi mengurangkan sikit beban hubby

rancangan aku memakaikan Naylee cloth diaper sebagai pemulaan
sebabnya senang nak uruskan, Naylee beyok pun sehari sekali je & kencing pun tak berapa banyak. lagipun dah boleh start toilet training since umur dia pun nak masuk 2 tahun. tinggal untuk perbelanjaan susu tepung je la.

untuk baby yang bakal lahir, aku pakaikan dulu disposal diapers sebab cloth diapers yang aku beli jenis one size, terlalu besar kot untuk dia. so kena keluarkan lah perbelanjaan untuk disposal diapers. susu baby pulak mestilah susu terbaik dari ibu, dah jimat kat susu. semoga Allah murahkan rezeki anak ibu, dapat menyusu sampai 2 tahun. akan datang bila baby dah menginjak umur 2 ke 3 bulan, baru aku pakaikan cloth diapers & hopefully Naylee dah boleh ke toilet sendiri masa tu.

secara amnya..kami cuma perlu keluarkan perbelanjaan susu untuk kakak & disposal diapers untuk adik. tak adalah lari sangat perbelanjaan dengan yang dulu, cuma kena tambah duit untuk hantar anak ke pengasuh. harap-harap semua berjalan seperti dirancang..insyaallah

permulaan ni aku baru je beli 5 keping cloth diapers, brand QQ Baby untuk percubaan. dah siap pre-wash 3x & akan cubakan pada Naylee sabtu ni.

comel-comel design cloth diapers, rambang mata nak memilih

kalau ok, aku akan tambah lagi 10 keping, ada offer di QQ Baby website
beli 10 keping dengan harga RM150 termasuk postage, berbaloi-baloi
tawaran sah sehingga 30 Jun ni je








Sunday, June 16, 2013

preloved avent manual breastpump

 
Aku nak let go avent manual breastpump
ada sapa-sapa tak nak beli
nak let go sebab nak beralih pakai elektrik double pumping breastpump
sekarang aku dah ada avent manual, medela harmony & sedang menunggu 1st year breastflow mipump double
rasa banyak sangat la pulak breastpump yang ada..
paling sayang medela harmony sebab paling banyak berjasa sepanjang penyusuan ekslusive
avent manual aku beli awal tahun lepas sebab medela rosak jadi sementara nak tunggu spare part aku beli avent manual buat back up je
tak selalu pakai..condition masih baik
barang-barang yang ada seperti dalam gambar..kotak dah buang..teat pun tiada ye
jual murah-murah je
 
RM80 termasuk postage

jika berminat boleh email terus mamafairuz2011@gmail.com
* boleh nego lagi

-SOLD-

mendobi baju baby

30 minggu sudah..mari kita mendobi baju baby..
 
Hari pertama, sabtu
baju & cloth diapers cucian pertama
 


 
Hari kedua, ahad
napkin, cloth diapers cucian ke-2, towel & gugu swadle pod




 
Terpaksa amik masa 2 hari untuk membasuh sebab ampaian aku limited
Cloth diapers cucian ketiga aku buat malamnya
Baru nak berjinak-jinak menggunakan cloth diapers..beli 5 helai dulu
Cuba pakaikan pada Naylee dulu..kalau ok..teruskan untuk baby & tambah lagi 15 helai kot
Saya budak baru belajar ber'cd', harap bagi panduan

Monday, June 10, 2013

Scan 3D di Putra Medical Centre

Hari ini kandungan aku masuk 29minggu 6hari
esok genap 30 minggu..rasa cepat masa berlalu
seperti  mommy to be yang lain, aku pun tak ketinggalan untuk buat scan 3D
ini pun rasa-rasa dah terlalu besar nak buat scan 3D
masa yang paling sesuai 28minggu
aku dah terlajak 2minggu baru terhegeh-hegeh nak buat

so pagi-pagi lagi aku dah gerak ke PMC takut ramai orang
dapatlah turn no.5 dalam pukul 8.45 dah dapat jumpa doktor
selamat tak perlu tunggu lama
pagi ini doctor gynae yang bertugas Doktor Zarul
1st time jumpa doktor gynae lelaki, sebelum ini jumpa Doktor Ratna
rasa malu-malu sikit
tapi Doktor Zarul ni sangat baik & teliti orang nya
dia tanya detail berkenaan kandungan aku dari awal
walaupun aku jumpa doktor sekadar nak scan je
check up buat kat tempat lain

Alhamdulillah berhasil juga dapat tengok muka baby
walaupun agak terlewat buat scan 3D
tembam betul pipi baby ibu..rasa nak cubit-cubit je
cuma yang merisaukan aku besar baby lebih dari usia dia
ikut scan dah macam 32minggu, berat pun mencecah 2.1kg
nak kata ada kencing manis, dah check hari tu memang tak ada
due date bertukar dari 20/8 ke 1/8, tak ke jauh beza tu
sampai doktor tanya balik betul ke  LMP yang aku bagi
betul, memang aku catat tiap-tiap bulan period aku
harap semuanya baik-baik sahaja..

Wednesday, June 05, 2013

vitamin mengandung

Antara perkara penting yang harus dijaga sepanjang tempoh kehamilan adalah pemakanan kita
tak boleh lari daripada ambil vitamin sebab nak harap zat makanan yang kita ambil belum tentu mencukupi
orang yang macam aku ni memang jenis makan main belasah
tak ikut piramid makanan pun..asal sedap kat tekak aku je
so sangat lah penting ye vitamin ini
untuk 3 bulan pertama aku cuma ambil asid folik
bulan seterusnya aku ambil multivitamin jenis prenavit yang dibekalkan klinik
pil dia colour pink, manis pulak tu..buat aku confuse je nak isap ke telan
at last aku telan la..tak kan isap dak
sebiji sehari je
prenavit
 

Memandangkan perut aku ni tak berapa tahan susu
bila minum je jadi angin & sebu..paling teruk cirit birit
aku terpaksalah ambil pil kalsium je untuk memenuhi keperluan kalsium yang meningkat sepanjang kehamilan ni
nak harapkan multivitamin je macam tak cukup, so aku tambah makan ostematrix dari Shaklee
tapi aku makan 2 biji ke 3 biji je sebelum tido, yang disaran 4 biji sehari
dia punya pil kemain besar lagi..
yang aku tak tahan bau tepung macam kuat sangat, mungkin aku alah bau vitamin ni kot
tak pernah lak aku dengar orang complaint bau vitamin ni
setiap kali nak makan tak sah la kalau aku tak 'uwek'
tapi aku tak muntahkan la vitamin ni..sayang wo..

ostematrix Shaklee
 
Yang akhir ni aku baru je ambil kat inhouse klinik kat ofis aku
aku cerita kat akak nurse tu aku tak leh minum susu
pil kalsium yang ada lak kadang tu susuh nak makan sebab tak tahan bau
dia suggest aku makan kalsium yang sedap ni
rupa macam sugus..rasa macam coklat..sapa yang tak nak
nak makan pun aku sorok-sorok takut Naylee nampak
kang dia ingat ni gula-gula, mau dia balun sebotol
 
macam gula-gula
 

So pada mom to be..jangan culas makan ubat ye..penting ni
demi kesihatan baby yang dikandung & kesihatan diri sendiri


Tuesday, June 04, 2013

Kelengkapan bersalin

Alhamdulillah sudah memasuki trimester ke 3..minggu ke 29
Asyik dengan barang baby je..meh kita review sikit barang untuk bersalin pulak

Untuk pemulihan badan & menambah tenaga ibu, aku pilih set bersalin shaklee
Pilih set bersalin (4jenis, 40biji setiap 1) + esp + trial pack alfalfah 90 biji (milk booster)
+ trial pack lichitin 60 biji = RM255
Gambar belum ada sebab belum beli..tanya harga dulu..masuk 8 bulan setengah baru nak order
Ke ada orang yang boleh tawar harga yang lebih menarik atau tahu mana-mana distributor yang boleh bagi harga yang lebih murah
Tapi rasanya ini pun dah murah kot



Kat atas ni gambar herba mandian aura, tungku besi beserta sarung biasa tanpa herba
Nak cuba pula tungku besi, sebelum ni pakai tungku yang macam bantal isi air tu
Tapi baru-baru ni dengar ada kes tungku tu pecah..takut pulak kot-kot nasib tak berapa baik kena kat aku masa tengah tungku tu pecah..tak ke haru nanti
Mencegah lebih baik dari mengubati..so aku pilih tungku besi la..lagi pun boleh tahan lama
Banyak review dari mommy kat luar sana herba mandian aura cukup harum baunya
Ni yang buat aku nak mencuba..ada tiga pack dalam 1 kotak, boleh pakai untuk 2 minggu
Cara menggunakan pun senang nampak gayanya..
Semua barang-barang ini aku beli di kedai mama n damia, boleh tengok dalam website & fb dia
Harga murah la jugak..tungku besi 2kg RM38.00, sarung tungku RM14.90 & herba mandian aura RM24.65 sahaja.


Bengkung ni aku beli dari bengkung mama anggun..
Harga RM50 termasuk tungku baby + postage
Berbaloi la dengan harga & kualiti barang
Bengkung ni ada size tau..macam size badan aku ni ambil size L sesuai
Sebelum ni aku pakai bengkung tradisional, bengkung lilit
Tapi payah pulak nak pakai..sudahnya aku pakai cuma seminggu lebih je
Kali ni nak dengan adanya bengkung zig zag ni aku harap lebih berdisiplin..berharap sangat

 
Ni barang yang paling penting untuk mengempiskan perut & buang lemak-lemak berlebihan
Dek terpengaruh dengan kawan-kawan yang telah berjaya kurangkan inci badan diorang aku pilih untuk pakai felinna ni masa berbengkung nanti
Harap-harap dapat kurus la..takut jugak..ada review orang macam tak berkesan je
Kalau tengok pengasas dia macam berkesan je
Tak pe kita cuba dulu..nanti tengok macam mane..kalau tak ok..nangis je la..buang duit aku je
Aku kirim dengan kawan-kawan yang beli secara pukal, so dapat la harga murah sikit dari pasaran RM43 berbanding harga pasaran RM60-RM70
 
Sekian dulu buat masa ni..nanti kita cerita-cerita lagi

Wednesday, May 08, 2013

shopping barang baby - part 2

Sambung entry sebelum ni..
aku decide nak shopping masa kandungan aku 6 bulan sebab ;

1. Rasa macam tak sekuat masa ngandungkan Naylee..cepat betul penat.
    Sebelum kandungan makin besar & aku makin tak larat, baik aku shopping cepat-cepat.
2. Baru dapat bonus..masa terbaiklah sebelum duit habis licin. Kalau nak beli berlebih-lebihan pun tak rasa sangat sebab duit tengah banyak..muahaha
3. Tak tertanggung rasa excited ni..jantina baby pun dah tahu..

Kali ini tak banyak aku habis berbanding masa Naylee dulu..
kos keseluruhan untuk barang-barang ini RM340.60
rasa macam agak mahal..barang yang diambil sikit je
tapi semua hubby keluar duit..
aku ada buat simpanan untuk barang baby, tak nak la terlalu bergantung dengan  duit dari hubby je
kesian dia..banyak lagi yang dia kena tanggung
so boleh la aku simpan untuk kenduri aqiqah baby nanti

towel - 2 helai
handkerchief - 4 helai
baju lengan panjang - 4 helai
baju lengan pendek - 4 helai
mitten & booties - 3 set
napkin mickey - 8 helai

set kecil mandian baby anakku
pureen wet tissue - 8 pack kecil
pureen changing mat
puting botol tommee tippee
berus botol - 2 set
sabun basuh botol
 
Di Jusco, aku beli diapers jenama Pet Pet newbone size, drapolene cream & libresse overnight untuk aku masa dalam pantang nanti.
 
Ada sikit-sikit barang baby belum beli..
1. detergent baju baby
2. set tilam
3. warmer
4. car seat

5. minyak telon

Barang untuk diri sendiri tunggu 7 ke 8 bulan nanti lah..

Tuesday, May 07, 2013

happy birthday to me.. 6 May nan indah

saya dah tua..27 tahun pun & sedang hamil 6 bulan
 
Tajuk pun dah tahu kan..semalam merupakan hari jadi aku yang ke-27
cepatnya masa berlalu..dah tua rupanya..
gambar ni aku ambil sebelum keluar dating dengan en hubby
lama dah tak keluar berdua-duaan dengan hubby kecualilah pergi balik kerja
Naylee..kami tinggalkan dengan mak aku..terima kasih mak jagakan Naylee
 
Rancangan utama kami pergi shopping barang baby di Sogo
pelik tak..orang birthday ni pergi la celebrate candle light dinner ke
ada ke pergi shopping barang baby..tapi itu lah hajat & keinginan aku
 
So bermulalah perjalanan kami..
lepas hantar Naylee pergi rumah mak, kami
kami decide naik ktm je pergi sogo..nak elakkan kesesakkan la konon
dah lama kot tak naik train..betul-betul mengimbau kenangan zaman bercinta
sampai ke station komuter, dah terlepas 1 train..terpaksalah menunggu train berikutnya
selang 20 minit, tibalah train yang dinanti..berhenti depan kami betul-betul coach pink
hubby kata dia tak leh masuk situ..jadi kami berjalan ke coach sebelah
elok je aku masuk..boleh pintu tu tertutup..panik aku tengok hubby kat luar..yang aku kat dalam
aku nampak button warna hijau kat tepi pintu..aku tekan-tekan berharap pintu akan terbuka
tak terbuka pun..putih mata aku tengok laki aku tertinggal kat station tu
so aku decide turun kat next station..tunggu la train yang seterusnya yang bakal membawa buah hati aku..
terpaksa tunggu 20minit lagi..dah janji dengan hubby naik coach yang paling depan sekali
sampai je train aku terus masuk & duduk sebelah hubby..kitorg tergelak je ingat kisah tadi
aku rasa macam couple sebelah pandang semacam je kat aku & hubby
aku duduk dengan laki aku kot..tak nampak perut bulat aku ni 
memang la naik tak sama sebab laki aku aku kena tinggal dengan train sebelum ni
ntah apa diorang fikir ke aku yang bersangka buruk..lantak lah
 
Sampai je station bank negara..kitorg terus ke kedai makan..kelaparan dah kami
makan kedai biasa depan Sogo..kalau nak tahu kedai seberang jalan bertentangan dengan Sogo
ada jual rojak, nasi berlauk & masakan panas yang dimasak oleh apek tua
kedai biasa bagi orang lain tapi bagi aku kedai tu punya nostalgia sendiri..
dari kecil aku makan kat kedai tu..arwah datuk aku suka bawa makan kat kedai tu
rasanya tukang masak tu namanya ah seng..nama kedai tak pernah tahu pun
selalu panggil kedai ah seng je..
sekarang datuk dah tak ada..aku bawa hubby pulak makan kat situ..
ini kali ke-2 makan dengan hubby kat situ..yang special nasi goreng & mi hailam dia
nampak biasa tapi sedap tau.
 
Lepas makan kami terus pergi Sogo..
cerita shopping next entry..panjang lebar pulak kat sini
balik dari Sogo, kami ambil kereta terus ke Jusco..tengok wayang
inilah kegemaran kami masa masih berdua
sejak ada Naylee, ada sekali je kitorg pergi tengok wayang
pilih cerita Iron Man 3..terbaik lah..sampai aku mimpi Iron Man tidur malamnya
balik tengok wayang..ambil Naylee..tapau makan kat warung Mak Jah dekat rumah
makanlah kami 3 beranak..
berakhirlah 6 Mei dengan kenangan tersendiri
biasa je bagi orang lain tapi cukup bermakna bagi aku
 
Buat suamiku,
Terima kasih bee..bawa sayang jalan-jalan, layan kerenah sayang
walaupun sayang tahu bee paling takut nak ikut sayang shopping sebab sayang banyak kerenah
tapi bee betul-betul bersabar semalam..hihi
Sayang awak sepenuh jiwa..
 
 
 

Tuesday, April 30, 2013

LOST WORLD OF TAMBUN

Last weekend, pergi melawat baby Ijam & Tini di Ipoh, Syed Iman Harras..sedap nama baby
Kami bermalam di rumah mereka..rasa tak puas peluk cium baby Harras
wangi betul bau baby..kata orang bau baby baru lahir ni bau syurga..betul ke
tak sambar nak tunggu baby sendiri keluar..
Naylee jealous sungguh..pantang la aku pegang baby Harras..mesti dia nak duduk atas riba aku juga
macam mana la kalau baby dah keluar nanti kan..Naylee kena sayang adik tau

Alang-alang dah ke Ipoh, kami ambil kesempatan bawa Naylee bermain air di Lost World of Tambun
tiket aku beli online kat website Lost World..ada diskaun..jimat sikit
harga biasa untuk dewasa RM45, kalau beli online dapat harga RM38.25 seorang
boleh tahan juga Lost World of Tambun ni
bukan je ada waterpark..ada petting zoo, tiger valley, tin valley & permainan lain
berbaloi kot dengan harga yang dibayar..
cuma makanan kat dalam agak mahal..makanan luar standard lah tak boleh bawa masuk











 
 
Sorry lah gambar tunggang terbalik..lupa nak rotate..
gambar dekat water park tak ambil langsung, takut camera masuk air pulak
almaklumlah camera aku tak berapa nak canggih
so far semua ok la..puas hati
lagi-lagi bila tengok Naylee happy
apalah lagi yang menyenangkan hati ibu ayah selain melihat anak gembira
cewah ayat tak boleh blah
 
BYE..