Monday, April 16, 2012

Maxi skirt kuning mustard dari Batik Valley


 
Aku baru sahaja membeli sehelai maxi skirt yang best dari Batik Valley. 
 Harga RM53 termasuk postage..& hubby belanja yang menjadikan ia bertambah-tambah best.
Aku memilih colour mustard untuk mencipta kelainan..sampai hubby tanya beberapa kali "Betul ke sayang nak warna kuning ni? Berani ke nak pakai skirt warna kuning?" Dengan comfident nye aku menjawab YA. Padahal aku punya kepala sampai pening berfikir nak padankan dengan baju apa skirt ni nanti. 


Akhirnya..maxi skirt aku yang berwarna kuning ini aku padankan dengan baju yang turut aku beli secara online daripada Cantik Hijabku berwarna hijau biru.




digandingkan dengan kasut wedges warna cream 

Material maxi skirt ini lembut, tak panas & cantik, yang paling aku suka bila berjalan dia beralun ikut rentak kaki kita. Hubby pun tau aku memang suka skirt yang kembang-kembang gitu bila berjalan & ditiup angin. Cuma kena pakai kain dalam sebab jarang sikit.

Hot & Roll best !!


Last week aku ada terbaca entry seorang blogger tentang Hot & Roll, sedap bangat katanya. Selama ini aku hanya pandang sepi je kiosk Hot & Roll tetapi bila terbaca tentang pengalaman orang mencuba beserta gambar-gambar yang bisa membuat alir liur ku meleleh, tanpa banyak cerita aku pergi sendiri untuk mencuba.

Kami memilih Crispy Pizza Beef untuk dicuba sebab terpengaruh dengan gambar dia yang menyelerakan.

Harga dia RM5.90. Sempat ambil 2 gambar cara pembuatan Crispy Pizza Beef.

 Crispy Pizza Beef kami sedang dibuat

topping with cheese, pepperoni, onion, mayonnaise, & chili powder

hubby & Naylee sempat posing sesambil tungu

hubby merasmikan dulu

Si kecil ini pun merengek nak cuba..acah-acah je..jangan tidak


MEMANG BEST !! RASA MACAM PIZZA


Thursday, April 12, 2012

Semalam..

melaram dengan headband kak Reena

Kat lobby Hospital Segamat masa melawat ayah chik Naylee.
Cian ayah chik..accident kat Gemas kelmarin, mujur tiada sebarang kecederaan serius.

kunjungan kawan baik

'kawan baik' aku ni a.k.a menstrual dah lama tak datang sejak aku mengandungkan Naylee. Fuhh..bayangkan jela berapa lama tu.. Naylee pun dah mencecah umur 7 bulan + pregnant hampir 10 bulan = hampir setahun setengah. Akhirnya semalam kitarannya bermula semula. Patutlah sejak seminggu yang lalu poyot aku ni tak sedap je memanjang. Rupanya petanda nak 'peot'.

Memandangkan dah lama tak 'peot', rasa kekok je..macam 1st time 'peot' lak. Semalam ajak Hubby pergi kedai nak beli pad. Ntah berapa lama aku berdiri kat depan rak nak memilih pad. Sebelum ni aku lebih selesa pakai pad jenis Libresse tapi kat kedai ah so ni tak de jual lak. Penyudahnya, aku pilih kotex slim wing.

Hari ke-2 ni, badan rasa tak bermaya je, kepala pun pening..nak buat keje pun rasa tak bersemangat. Teruk tul rasa..tak terurus dibuatnya aku. Semalam pun aku rasa mengantuk je.. Harap-harap esok akan rasa lebih sihat.


Thursday, April 05, 2012

Naylee in red gown

Gown & headband ni hadiah Auntie Phea & Pak Long. TQ


gatal la kepala adik pakai headband ni...

blurr..

ganas nye muka..cam nak makan org je

 hai..

bulat betul mata..

 penuh minat..

tengok sana sayang..


Naylee & her new stuff

Last week keluar berjalan-jalan dengan Hubby & Naylee. Tujuan asal Hubby nak cari highchair untuk Naylee kat Ikea. Dengan adanya highchair ni boleh la Naylee makan bersama kami. Biasanya kalau kami makan, dia main sendiri tapi kadang-kadang tu dia meragam juga, tak mahu main sendiri, terpaksa la kami makan bergilir-gilir sebab nak jaga Naylee. Kat bawah ni jenis highchair yang kami beli. Harga berpatutan, rekabentuk cantik & yang penting selamat untuk Naylee.


ANTILOP highchair yang berharga RM49
ANTILOP highchair tray RM15

Tapi bukan ni je yang Naylee dapat, Hubby belikan Naylee toy. Boleh katakan ini adalah toy pertama Naylee. Sebelum ni cuma ada soft book & teether. Kami namakan toy Naylee ni dengan paggilan Abe (A-bear). Sepamjang dalam Ikea tu, Naylee memang tak mau lepas dah Abe dia ni.

Fabler Bjorn soft toy hanya RM5.90
Key features
- Distinct contrasts and soft material stimulate the baby's senses.

Kat bawah ni antara gambar yang aku sempat snap.

Naylee tengah makan Rusk masa ni..

Abe

Naylee & Abe



pink lover

Semalam sesambil tunggu my hubby jemput balik kerja, window shopping jap kat internet. Geramnya tengok barang-barang baby girl..comel-comel..tambahan pula warna pink, warna favorite aku. Teringat Naylee tak ada kasut yang sesuai lagi..yang ada semua besar, tak ngam lagi dengan kaki dia yang kecil molek tu. Cari punya cari..berkenan lak kat 2 pasang kasut ini..dua-dua warna pink. Kalau ada size orang besar cam aku ni, mau je aku beli..hehe. Comel sangat!! Dah ibu dia ni gila colour pink..anak pun terpalit sama. Boleh tengok koleksi kasut-kasut comel macam ni kat mudah.com advertised by MyLovingLand, owner dia Kak Faridah. Aku grap 2 2 kasut kat bawah ni, size 6-12bulan, harga 2 pasang kasut termasuk postage = RM46




 
Malamnya buka FB, kebetulan MissLily Shop baru update pages dia. Banyak collection baru dress & hangbag, pallazo pun ada. Semua cantik-cantik..rambang mata dibuatnya. Tetapi dalam bebanyak tu, mata ni tak boleh nak berhenti memandang dress yang satu ni.  Tertarik sungguh dengan dress polka dot pink ni.. Kononnya nak cuba lari dari kebiasaan warna pink, nak cuba warna mustard tapi hubby cakap colour pink lagi cantik. Hubby pun cam suka, terus aku order. Kalau lambat-lambat takut terlepas ke tangan orang lain.. Barangan Misslily ni cam pisang goreng panas, cepat habis, lagi pun limited, biasanya 1 design 1 pc je. Cuma aku tak berapa pasti dengan size dia, harap-harap ok la.
Bak kata mak mertua aku, biar menyesal membeli, jangan menyesal tak beli.
Harga baju termasuk postage = RM43.


Pagi tadi aku dah mintak tolong hubby transferkan duit ke akaun Misslily & Kak Faridah (MyLovingLand). Insyallah barang-barang ni sampai esok..tak sabarnya..

Last 2 week aku ada beli tudung bawal 2 tone kat FB Cantik Hijabku Collection. Aku ni sebenarnya bawal lover, tak berapa reti nak pakai tudung ekspress & shawl. Tudung bawal yang aku beli ni brand Senorita, material dia lembut, senang dibentuk & tak panas. Warna sudah pastinya PINK. Puas hati la beli kat sini..layanan pun sangat baik. TQ Sarah. 2 helai tudung termasuk postage = RM28

pink belacan

soft pink


Tuesday, April 03, 2012

Qaseh Adinda

ihsan google


Pasti ramai yang telah mengetahui tetang produk kesihatan yang berasakan makanan sunnah ini.
Aku baru je seminggu guna produk ni..kawan sekerja aku yang rekemen. Kata dia produk ni sangat baik untuk kesihatan wanita & boleh tambah susu badan..ni yang paling aku suka dengar. 

Aku tak mengamalkan pengambilan jamu-jamuan selepas bersalin, cuma makan gamogen & vitamin masa dalam pantang dulu.. Ada beli set jamu sebenarnya, aku cuba makan selepas 2 minggu bersalin sebab Naylee ada jaundis jadi aku tangguhkan dulu nak makan jamu. Tapi baru je makan 2 biji pil terus kepala aku pening sampai 2hari. Padahal sebelum ni tak de lak pening2..terus aku stop makan jamu. Mungkin badan aku ni tak serasi dengan jamu..panas kot.

Aku rasa keputusan mengambil Qaseh ni adalah keputusan yang paling baik kot cuma rasa rugi sikit sebab lambat mencubanya. Dari segi harga, sangat berpatutan bagi aku. Kesan penggunaan, aku kongsikan nanti.

Kat bawah ni ada sedikit review berkenan Qaseh Adinda dari pembacaan aku di blog lain.

Minuman kesihatan berasaskan ramuan yang diiktiraf sebagai Makanan Sunnah seperti Kurma , Madu, Za’Faran, Habbatus Sauda’, Buah Tiin, Zaitun & Air Zam-zam. Diperkaya dengan kehebatan herba tradisi seperti Gingko & Sireh. Qaseh Adinda dirumus khas untuk golongan wanita diperkaya dengan herba khusus seperti Passiflora, Pegaga & Manjakani

Kegunaan :
Gabungan intipati Qaseh melengkapi keperluan tubuh dari hujung rambut hingga ke hujung kaki. Ia meliputi keperluan kepada system dan fungsi tubuh itu sendiri dari Darah, Saraf, Otak, Jantung dan Paru-paru, Usus, Buah Pinggang, Kulit, Rambut, Mata, Telinga, Hidung, dan Rongga Pernafasan, Rahim, Tulang & Sendi, Ibu Hamil, Organ Dalaman Lelaki.

Kebaikan :
Pemakanan tambahan yang membantu meningkatkan fungsi tubuh badan dari segi fizikal dan emosi serta membekalkan badan dengan nutrient dan zat penting. Amalan pengilangan yang menitikberatkan kesucian fizikal dan spiritual.