Friday, March 23, 2012

kenangan berkelah di PD

Naylee baru masuk 4 bulan masa ni..
berkelah di Port Dickson bersama family my hubby
tapi tak banyak snap gambar 

Naylee & ibu


Naylee & ayah






Naylee & mak tok

kepenatan

Thursday, March 22, 2012

6 bulan

cian anak ibu ni..
ayah ada je nak buli dia
tapi dah siap-siap pesan kat ayah
make sure volume kasi pelan-pelan

ada bunyi la..datang dari mane ni

terpenyet pipi anak ibu yang boyot

dengar selawat nabi..

terselamat

last week kami balik kampung..kawan my hubby masa kecit-kecit dulu kawin..
majlis kahwin tu cam biasa je la..cuma part yg xbest nya tgk pengantin perempuan nya
aku rasa ada tetamu yg hadir lebih glam dari pengantin perempuan
tak kesah la kalau tak bersanding or majlis bertandang je pun tapi pakai la cantik-cantik skit
hello..this is your big day ok
aku lak yang emo..(cm la aku lawa sgt masa bersanding dulu)
mana tak nya..spare type pun kasi nampak
muka bercapuk
rambut sanggul pakai clip biasa je..
baju pun pakai kurung moden plain je
ada ke patut..ish ish ish

tapi sbnrnya aku bkn nak cite pasal pengantin ni
masa on the way balik dari kampung hari ahad petang tu
kami 3 beranak terlibat dalam kemalangan di highway Ayer Keroh
mujur kami selamat cuma kereta je yang tak selamat
yang tak best tu kereta yang langgar kami tu terus cabut lari
ada ke patut...
no plat kereta dia pun tak dapat
aku cuma cam kereta Myvi colour light gold
teruk gak kereta dia tapi leh blah camtu je
tak de rasa tanggungjawab langsung
apa-apa pun syukur kami selamat


Friday, March 16, 2012

sedih..

dress yang aku cadang nak beli dah stop production
nampaknya angan-angan hanya tinggal angan-angan

Monday, March 12, 2012

can't stop

Aku mula belajar shopping online masa ngandungkan Naylee..tapi ketagihannya sampai la ni. My hubby pun dah mula perasan n complain..mana tak nye..sejak shopping online bini dia ni dah kurang menyimpan. Kalau shopping kat luar agak berkira-kira, nak keluarkan RM50 pun terketar-ketar tangan ni. Tapi dalam online..laju je jari jemari aku yang halus ni (perasan betul) transfer duit..RM300++ pun pernah aku transfer..gila..bagi orang yang agak kedekut seperti aku la..mungkin biasa je pada orang lain..hrmm..hope dapat kurangkan but i really CAN'T STOP!!  

Kat bawah ni..antara online shop yang aku suka..kalau nak list down semua sampai esok pn tak siap-siap entry ni..layan...


kecil molek je owner dia..gambar yang atas tau..



Skirt ni antara barang yang aku beli kat Misslily Shop.. Barang-barang kat Misslily cantik-cantik....yang special nye sesetengah barang kat Misslily Shop xde kat online shop lain n harga postage dia paling murah RM5 je.



Aku tak pernah beli lagi kat sini tapi aku selalu la window shopping kat sini..baju dia ala-ala korean style..cantik belaka, harga pun murah cuma size kecit-kecit, banyak yang tak sesuai untuk aku yang chubby ni. tapi ada satu dress yang menarik perhatian aku..rasanya leh pakai kot. sebenarnya aku dah submit order form pun nak beli baju ni..hehe..tunggu replay dari owner dia je..nanti dah sampai aku pakai n upload gambar ye (itu pun kalau muat la..)

biasa je tapi aku suka..dah berangan nak pakai masa gi bkt merah bulan 4 ni.




Shop ni aku baru je jumpa..nak cari storage botol n cooler bag untuk aktiviti penyusuan. dari pemerhaian aku, barang-barang kat sini boleh dikatakan antara shop yang menawarkan harga yang murah untuk kelengkapan penyusuan..rugi tak jumpa awal2 dulu..rugi banyak sebenarnya...waaaaaa....tak pelah..mungkin bukan rezeki.. tunggu adk Naylee nantilah..wah dah rancang untuk anak ke-2.



Friday, March 02, 2012

mac yang buzy

jadual hujung minggu sepanjang bulan Mac

1st week
SAT
8.30pagi -  ikut aktiviti pemasaran b di kepong..
6.00ptg - main badminton di TSB Sg Buloh
SUN
1.00ptg - hadiri majlis kahwin Liza, budak depatment S.H.E

2nd week
SAT
hadiri majlis pernikahan Farid kawan b
SUN
hadiri majlis kahwin Farid

3rd week
SAT
8.00mlm - birthday anak-anak buahku memer & damok
(kena standby hadiah ni)

4th week
SAT & SUN
bercuti ngan budak2 maintenance kat pengkalan balak
(tapi masih dalam perancangan lagi)

wahh..penuhya jadual.